Daniel Agger merupakan salah seorang bek tengah moden yang versatile. Namun sayang sekali dalam kariernya bergelut dengan kecederaan.
Agger pernah menceritakan bagaimana bertahun tahun dalam kariernya beliau bergantung kepada pil tahan sakit.
Kita imbas kembali detik Daniel Agger menjaringkan gol menerusi flick backheel yang comel.
Agger memberikan gol pendahuluan dalam aksi berhadapan dengan Benfica. Ini selepas Gerrard menghantar bola sepakan percuma yang licik kepadanya.
Namun dalam perlawanan tersebut Ryan Babel dilayangkan kad merah. Benfica menang dengan 2 gol penalti Oscar Cardozo.
Selepas tamat perlawanan Rafa Benitez mengkritik disiplin pemain – tuju kat Babel la tu – kerana membuatkan satu pasukan down.
Namun Rafa tetap gembira kerana membawa pulang 1 gol di tempat lawan. Jom saksikan gol Agger di sini:
Daniel Agger 😏 #OTD in 2010 #UEL | @LFC pic.twitter.com/P030JeRXCr
— UEFA Europa League (@EuropaLeague) April 1, 2020
Memang sangat tenang jaringan Agger. Setenang air yang korang sangka tiada buaya di dalamnya.
Dalam aksi kedua, Liverpool menang di Anfield 4-1 dengan kemenangan agregat keseluruhan 5-3.
Fernando Torres menjaringkan dua gol untuk Liverpool. Manakala dua gol lagi menerusi Dirk Kuyt dan Lucas Leiva. Gol tunggal Benfica pula sekali lagi menerusi Oscar Cardozo.
Korang nak tengok aksi Torres yang padu dan Lucas Leiva dirasuk roh Torres, ada kat sini. Tapi kualiti gambar dia 3gp la.