[VIDEO] Detik De Gea ‘Miss’ Membuatkan Villarreal Julang Trofi Major Pertama Hampir 100 Tahun Penubuhannya

Villarreal merupakan kelab yang sudah wujud sejak 1923 lagi. Namun sejarah panjang kelab mereka agak menarik. Di mana mereka hanya memenangi trofi major pertama mereka pada 2021.

Hampir 100 tahun daripada penubuhan kelab yang berpangkalan di Sepanyol itu, baru mereka merasai trofi major pertama mereka.

Pada malam final di Gdansk, para penyokong Villarreal dalam keadaan sangat tegang, dengan adreanalin menguasai diri mereka melihat penentuan penalti yang agak panjang.

Kesemua 11 pemain daripada kedua dua pasukan mengambil tugasan tersebut.

Selepas 21 orang pelaksana, kedudukan adalah 11-10, di mana pemain asal Sepanyol, David De Gea harus menjaringkan gol, atau tak Manchester United akan kalah.

De Gea gagal menewaskan Rulli yang akhirnya berjaya menggapai dan menepis bola selepas beberapa kali hujung jarinya berjaya menyentuh bola tetapi gagal menyelamatkannya.

Keadaan di dalam stadium menjadi gegak gempita. The Yellow Submarine baru sahaja menjuarai piala major mereka.

Walaupun sebelum ini ramai legenda yang pernah bermain untuk mereka termasuk Riquelme, Diego Forlan dan ramai lagi. Namun tidak seorang yang berjaya memberikan mereka piala utama di Eropah.

Para pemain menitiskan air mata dan berpelukan. Meraikan detik istimewa tersebut.

Unai Emery adalah arkitek penting yang melengkapkan Villarreal sebagai salah sebuah kelab penuh tradisi dan popular di Sepanyol, walaupun tak segah Barcelona, Real Madrid mahupun Valencia.

Villarreal akhirnya berjaya mengisi kabinet piala mereka dengan kejuaraan major atapun kejuaraan utama di Eropah.

Unai Emery sebelum ini sudah memenangi 3 UEL bersama dengan Sevilla. Beliau kemudian tewas dalam satu satunya final UEL yang beliau hampa ketika bersama Arsenal.

Musim ini, bekas pengendali Arsenal itu membuktikan bahawa beliau orang yang tepat untuk Villarreal. Unai Emery membimbing Villarreal sehingga ke final dan berhadapan dengan kelab gergasi Inggeris, Manchester United.

Unai Emery kini menjadi pengurus paling berjaya dalam sejarah UEL, mengatas Giovani Trappatoni dengan 3 kejuaran. Sebaliknya Unai Emery ada 4 kejuaraan. Maka tak hairanlah UEL juga disebut peminat sebagai Unai Emery League.

Beliau sebelum ini menewaskan bekas kelab lamanya, Arsenal dari saingan separuh akhir. Dan kemudian menewaskan sebuah lagi pasukan Inggeris yang dalam form yang sangat baik iaitu Manchester United.