[VIDEO] Detik Emirates Jadi Gila Raikan Gol Dramatik Minit 90+7 Reiss Nelson

Arsenal meneruskan perjalanan musim luar biasa mereka dengan satu lagi kemenangan dramatik hasil daripada kebangkitan luar biasa.

Jaringan lewat masa kecederaan Reiss Nelson pada minit ke-90+7 melengkapkan kebangkitan yang luar biasa untuk Arsenal dalam kemenangan 3-2 menentang Bournemouth.

Ianya malam yang untuk dikenang peminat Arsenal di seluruh dunia. Apabila pemain graduan Hale End berjaya memberikan kemenangan yang mungkin akan menjadi kemenangan penting dalam menentukan kejuaraan akhir musim ini.

Arsenal dikejutkan oleh Bournemouth pada awal perlawanan.

Phillip Billing menjaringkan gol kedua terpantas dalam sejarah Liga Perdana untuk meletakkan Cherries mendahului mengejut selepas hanya kira kira 9.11 saat, dengan Marcos Senesi menggandakan kelebihan pada separuh masa kedua.

Thomas Partey dan Ben White menjaringkan gol berturut-turut untuk menyamakan kedudukan Arsenal, walaupun nampaknya The Gunners seolah olah keciciran mata sekaligus memberikan peluang City semakin menghampiri mereka.

Ini selepas skuad bimbingan Pep Guardiola itu cemerlang menewaskan Newcastle pada sepak mula lebih awal.

Arsenal turut menyaksikan beberapa tuntutan penalti mereka dinafikan oleh VAR.

Pemain gantian Nelson mempunyai idea lain pada hari itu. Dia masuk dan memberinya
Arsenal 3 mata sangat berharga.

Pemain yang berbakat namun sentiasa dihantui masalah kecergasan dan kecederaan itu telah membalas kepercayaan Arteta.

Dia telah merembat masuk dari luar kotak pada saat-saat kematian untuk memulihkan kelebihan lima mata ke atas Manchester City.

Detik sebelum Nelson menjaringkan gol itu menyaksikan satu Emirates bersorak Shoot!!

Saksikan:

Dan ini detik dramatik Arsenal meraikan gol tersebut. Boleh ulang banyak kali.

Tak lupa detik Arteta jadi gila meraikan gol tersebut.

Saksikan rangkuman aksi di sini:

Baca yang lain