[VIDEO] Detik Emosional, Messi Pakai Jersi No.10 Newell’s Milik Maradona Sebagai Penghormatan

Lionel Messi memberi penghormatan kepada mendiang Diego Maradona dengan cara yang luar biasa setelah menjaringkan gol untuk Barcelona dalam aksi La Liga semalam.

Setelah hampir  melakukan aksi ikonik Hand of God versi tribute kepada Maradona.

Kapten Barcelona itu kemudian mempamerkan aksi luar biasa pada hari pertama beliau beraksi selepas Argentina berkabung meratapi pemergian ikon bola sepak mereka, Diego Maradona.

Messi menjaringkan gol keempat pasukannya pada minit ke-73. Dan Messi membuka jersinya untuk mempamerkan jersi Newell’s Old Boys bernombor 10 – yang pernah dipakai oleh pemain legenda Argentina itu.

Walaupun gagal melakukan hand of god, Messi tetap melakukan gol yang mirip kepada salah satu gol Maradona bersama Newell’s.

Messi melayangkan ciuman ke langit tanda penghormatan kepada legenda yang menjadi idolanya. Dan turut pernah menjadi pengurusnya ketika di pasukan kebangsaan Argentina.

Messi, yang merupakan pemain akademi akar umbi Newell’s Old Boys pernah tampil dalam aksi debut Maradona sebagai persembahan selingan khas.

Newell’s Old Boys – En menyatakan: “Pada hari debut Maradona bersama Newell’s, mereka membawa masuk budak lelaki enam tahun pada rehat separuh masa untuk melakukan trik bagi tontonan para penonton. Dan budak lelaki itu adalah Lionel Messi.”

Messi: Saya tak akan pernah menjadi ‘Maradona’

Maradona pernah menguruskan Messi ketika mengendalikan pasukan kebangsaan Argentina dan pemenang Ballon d’Or enam kali memberi penghormatan kepadanya ‘El Diego’ di Instagram setelah pemergiannya.

Messi menulis: “Hari yang sangat menyedihkan bagi semua pemain Argentina dan bola sepak. Dia meninggalkan kita tetapi tidak menghilang, kerana Diego akan terus kekal.”

“Saya menyimpan semua momen indah yang saya jalani bersamanya dan saya ingin mengambil kesempatan untuk menyampaikan ucapan takziah kepada semua keluarga dan rakannya. RIP.”

Lionel Messi memiliki 6 ballon d’or. Dan pada awal kariernya dikaitkan dengan jelmaan Maradona. Namun Messi mencipta legasi dia sendiri bersama dengan Barcelona.

Namun penyerang Barcelona itu menganggap Maradona tak akan pernah digantikan sesiapa sahaja termasuk dirinya.

Messi dengan rendah hati menyatakan: “Walaupun saya bermain berjuta-juta tahun, saya tak akan pernah mampu menghampiri [kehebatan] Maradona. Dia adalah yang terbaik daripada semua yang pernah ada,” tegas Messi.

Baca yang lain

Cafu: ‘Hanya Neymar Yang Ada Magis’

Cafu mempertahankan kualiti Neymar dengan menganggap dalam pasukan Brazil sekarang hanya beliau yang benar benar berkelas dunia. Cafu menganggap adalah tidak adil

Real Madrid Pantau Trent Alexander Arnold

Fabrizio Ronano melaporkan bahawa Real Madrid memantau secara dekat perkembangan kontrak Trent Alexander Arnold kerana kelab itu berminat mahu mendapatkannya. Kontrak semasa