[VIDEO] Detik Emosional Rossi Bersama Monster Energy Yamaha Buat Kali Terakhir

Valentino Rossi mengakui bahawa dia sangat emosi ketika berpisah dengan kru pasukan kilang Monster Energy Yamaha di pit selepas perlumbaan MotoGP Portugal pada Ahad.

Itulah aksi terakhir Rossi bersama dengan Yamaha kilang kerana musim hadapan The Doctor akan memperkuatkan pasukan satelit Petronas Yamaha SRT di MotoGP 2021. Kedudukan Rossi dalam pasukan kilang digantikan oleh Fabio Quartararo.

“Kepada semua, saya tidak fikir akan ada banyak perubahan dalam bidang teknikal. Tetapi, 15 tahun karier saya adalah bahagian penting dalam hidup saya. ”

“Saya mempunyai ramai rakan dalam pasukan, jadi ini paling utama adalah mengenai sisi seorang insan,” kata Rossi.

“Ini adalah saat yang penuh emosi ketika saya kembali ke pit. Terutama kerana kisah ini berakhir bukan hanya dengan pasukan, tetapi juga dengan beberapa orang penting di garaj saya, misalnya Alex dan Bret. Itu sangat emosional,” Rossi menambah lagi.

Valentino Rossi hanya dapat membawa tiga kru ke Petronas Yamaha SRT. Dia membawa ketua kru David Munoz, pelatih perlumbaan Idalio Gavira, dan juruteknik data Matteo Flamigni. Walaubagaimanapun, The Doctor tidak akan ditemani oleh mekanik yang selama ini dia percayai, Alex Briggs dan Brent Stephens.

Valentino Rossi bergabung dengan Yamaha pada tahun 2004 selepas 2 musim bersama Ducati. Dia terus bekerjasama dengan pasukan kilang Jepun sehingga tahun 2020, yang menjadi ikonik kepada kariernya.

Secara keseluruhan, 15 musim dia bekerja dengan Yamaha, Rossi memenangi empat gelaran dunia.

Namun, perlumbaan terakhir Rossi tidak berakhir dengan podium apatah lagi kemenangan. Rossi hanya menduduki tempat ke-12 dalam MotoGP Portugis.

Hasilnya tidak terlalu buruk jika mengambil kira The Doctor bermula dari kedudukan ke-17.

“Ini adalah perlumbaan yang sengit. Selain Miguel Oliveira (yang menang) dan kedudukan 3 teratas, kelajuannya hampir sama dengan pelumba di tangga keempat.”

“Terdapat banyak duel. Saya menikmati perlumbaan kerana terdapat cabaran luar biasa dari awal hingga akhir,” kata pelumba legenda Itali itu.

“Sayangnya, saya bermula di belakang dan memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri di trek. Kami juga mencuba sesuatu untuk Yamaha pada hari Jumaat.”

Perpisahan yang pastinya selamanya diingati oleh Rossi dan Mosnter Energy Yamaha.

Sebelum perlumbaan, keseluruhan krew Yamaha dan para pelumba mengucapkan selamat maju jaya kepada Rossi di pasukan barunya kelak.