[VIDEO] Detik Gallas Menafikan Flick Assist Luar Biasa Zidane Dari Rutin Sepakan Penjuru

Zinedine Zidane dikenali sebagai pemain yang sangat bagus dengan kawalan bola. Beliau juga dianggap sebagai salah seorang pemain bola sepak terbaik sepanjang zaman.

Zidane ada banyak assist yang sangat fancy dan hantaran berteknikal tinggi. Salah satu daripadanya adalah ketika melakukan hantaran one touch daripada rutin sepakan penjuru dalam Euro 2004. Di mana Zidane dan Henry bergandingan untuk mencipta assist yang dianggap salah satu yang tercantik dalam karier Zidane.

Dalam aksi berdepan dengan Croatia, Henry mengambil sepakan penjuru rendah, dan Zidane menyambutnya.

Dalam keadaan pemain Croatia menjangkakan Zidane tidak akan memberikan ancaman langsung, kerana mereka merasakan Zidane cuma ada opsyen untuk mengembalikan bola kepada Henry.

Namun mereka silap. Kerana Zidane telah menyungkit bola dengan flick yang sangat sempurna.

Flick itu menghasilkan hantaran yang sangat tepat ke zon bahaya. Di mana William Gallas datang dari belakang dan menanduk hantaran itu.

Malang sekali Gallas tidak menanduk masuk bola itu.

Sukar untuk dijelaskan sama ada ianya memang dirancang ketika di pusat latihan. Ataupun Zidane sendiri menggunakan nalurinya ketika terkepung untuk melepaskan bola dengan teknik semulajadinya.

Ini kerana Zidane memiliki reputasi sebagai pemain yang seringkali mengeluarkan skil semulajadinya ketika dia terkepung.

Tetapi hantaran itu tidak begitu dikenang kerana Gallas gagal menyempurnakannya. Ramai peminat mendakwa itu adalah rompakan [robbery] terbesar dalam assist Zidane.

Kerana jika Gallas menjaringkan gol, sudah tentu hantaran itu akan dikenang sebagai calon untuk assist tercantik daripada Zidane.

Saksikan di sini bagaimana olahan oleh Henry dan Zidane tersebut:

Kegagalan Gallas menyempurnakan hantaran padu Zidane itu gambaran kepada kempen Euro 2004 Perancis ketika itu.

Hadir sebagai pasukan pilihan, dengan Henry berada di kemuncak prestasinya bersama Arsenal, Zidane pula membangun menjadi bakat elit dunia.

Perancis mara ke suku akhir dan menjadi juara kumpulan mengatasi England.

Namun mereka dikejutkan oleh juara yang tak disangka sangka ketika itu iaitu Greece.