Video: Detik Gavi Tak Pentingkan Diri Sendiri Dan Suruh Coach Masukkan Pablo Torre

Terdapat satu momen di mana Gavi meminta agar Hansi Flick memasukkan Pablo Torre berbanding dirinya.

Barcelona dalam kedudukan 6-1. Dan Hansi Flick mahu memasukkan sama ada Gavi atau Pablo Torre.

Flick mahu tahu sama ada Gavi merasakan dirinya cukup cergas untuk beraksi.

Gavi memberikan isyarat dia boleh sahaja bermain. Namun pemain itu akhirnya mencadangkan agar minit permainan itu diberikan sahaja kepada Pablo Torre. Dalam kedukan 3 mata sudah dalam genggaman Barcelona.

Flick menghargai pendapat Gavi tersebut yang mahu melihat rakan sepasukannya merasai minit permainan hari itu.

Akhirnya Flick dan pembantunya meminta Pablo Torre untuk membuat pemanasan untuk dimasukkan.

Pembantu Flick kelihatan sekali lagi memberikan penghargaan kepada Gavi ketika pemain itu duduk.

Gavi juga bercakap dengan Raphinha tentang apa yang berlaku. Dan pemain Brazil itu pun gembira melihat Pablo Torre bermain untuk baki permainan. Kerana pemain itu tidak ada banyak minit permainan.

Barcelona menambah 1 lagi gol selepas itu untuk menang 7-1 ke atas Valencia. Peminat terharu melihat kematangan Gavi dan kebaikan hatinya.

Pemain tersebut ternyata tidak mementigkan diri sendiri.

Gavi menjadi antara watak penting dalam skuad Barcelona. Walaupun usianya masih muda namun dia sudah berada di dalam kelompok pemain senior Barcelona.

Selepas perlawanan Hansi Flick menjelaskan baha Gavi yang meminta agar Torre dimasukkan pada masa itu. Dan Flick akui kagum dengan Gavi.

“Situasi itu membuatkan saya sangat kagum, ketika saya memberitahu Gavi untuk masuk, dia malah mencadangkan kepada saya agar memasukkan Pablo Torre untuk memberikan pemain itu minit permainan pada baki suku terakhir permainan.

“Sikap seperti ini sangat luar biasa untuk jurulatih. Saya suka dengan Gavi dia pemain yang hebat.”