Penjaga gol Poland, Lukasz Fabianski beraksi perlawanan terakhirnya bersama Poland di Stadium Kebangsaan Poland, terletak di Warsaw.
Penjaga gol veteran berusia 36 tahun itu tidak dapat menahan sebaknya ketika dikeluarkan dalam aksi pada Sabtu lalu.
Fabianski yang merupakan penjaga gol West Ham sebelum itu mengumumkan persaraannya.
Dan beliau diturunkan dalam aksi ini sebagai memberikan penghargaan terakhir untuk beliau diberikan ucapan selamat tinggal oleh penyokong Poland.
Pengurus Poland, Paulo Sousa merancang pertukarann khas itu ketika aksi berdepan dengan San Marino. Di mana Fabianski dikeluarkan ketika minit ke-57.
Ia menandakan jumlah kaps yang beliau miliki untuk negaranya. Kelihatan, ketika pegawai perlawanan mengangkat papan digital memaparkan nombornya, Fabianski perlahan lahan membuka sarung tangannya dan mulai menangis.
Bekas penjaga gol Arsenal dan Swansea itu menerima tepukan dari segenap penjuru stadium.
Fabianski digantikan oleh Radoslaw Majecki. Fabianski kemudian mencium logo kebangsaan negaranya, pada hari terakhir beliau berkhidmat untuk negaranya.
Peminat memberikan standing ovation kepada Fabianski. Saksikan momen itu di sini:
Fabianski leaving the pitch in tears after his after making his final appearance for Poland tonight.
via @whu_aj pic.twitter.com/16nyJY3MbC
— West Ham Photos (@whufcphotos) October 9, 2021
Selain itu, pemain pemain daripada San Marino dan Poland turut memberikan guard of honour kepada Fabianski. Beberapa bintang Poland, termasuk Robert Lewandowski memeluk penjaga gol tersebut.
Aksi tersebut berkeseudahan dengan kemenangan 5-0 Poland.
Selepas tamat perlawanan, Robert Lewandowski memberikan ucapan penghargaannya kepada Fabianski menerusi laman instagramnya.
Lewa berkata: “Thanks @ lukasz.fabianski untuk tahun tahun yang anda luangkan bersama pasukan kebangsaan di atas padang dan prestasi cemerlang kamu bersama Poland.”
Lewandowski merujuk kepada prestasi Fabianski yang dianggap sentiasa konsisten bersama dengan pasukan negaranya.