Video: Detik Indah Klopp, Pemain Liverpool & Danny Ings Berpelukan

Danny Ings pulang semula ke Anfield selepas meninggalkan pasukan tersebut beberapa musim yang lalu.

Sebelum perlawanan Jurgen Klopp menegaskan bahawa Danny Ings sentiasa akan menjadi sebahagian daripada Liverpool selamanya.

Pemain penyerang tersebut dianggap oleh Klopp sebagai ‘wonderful’.

Selain daripada itu Klopp menyatakan bahawa beliau sangat gembira untuk bertemu dengan Danny Ings sekali lagi.

Ings menghadapi masa yang sukar di Liverpool. Beliau berhadapan dengan kecederaan panjang selepas beraksi dengan cemerlang.

Ings kemudian terpaksa meninggalkan Anfield untuk menyelamatkan kariernya dalam pasukan antarabangsa England.

Ings berpindah secara pinjaman ke Southampton pada Ogos 2018. Dan kemudian memeterai perjanjian tetap. Klopp awalnya keberatan untuk melepaskan Danny Ings.

Namun atas pertimbangan demi kebaikan pemain tersebut, maka Klopp melepaskan Danny Ings.

Musim ini menjadi antara musim terbaik di dalam kariernya. Pemain berusia 27 tahun itu sudah menjaringkan 14 gol dalam 25 perlawanan musim ini.

Ings menjadi pemain penting penting dalam usaha Southampton mendaki menjarakkan diri daripada penyingkiran.

Beliau kini dalam senarai penyerang sensasi di EPL. Dan kemungkinan besar akan menyertai skuad Gareth Southgate untuk kempen Euro 2020.

Klopp gembira dengan apa yang berlaku di dalam karier Ings musim ini. Dan beliau memuji prestasi pemain itu.

Menurut Klopp kesemua pemain lain di Liverpool mengikuti perkembangan Ings dan kesemua mereka gembira dengan apa yang sedang berlaku musim ini.

“Kesemua orang di sini gembira dengan prestasi Danny Ings. Dan bagi kami beliau masih lagi budak / orang kami.”

“Untuk perlawanan menentang kami, sudah pasti kami tak mahu mengharapkan beliau mengganas. Beliau adalah manusia yang sangat hebat.”

“Ings tidak mempunyai masa yang banyak di sini untuk membuktikan dirinya. Nama beliau meninggalkan kami atas sebab yang sangat bagus. Keputusan beliau untuk pergi ke Southampton adalah sempurna.”

“Beliau memerlukan sedikit masa untuk mendapatkan kembali rentak permainannya.”

“Kami gembira untuk melihat beliau esok. Dan kami mendoakan beliau agar menikmati musim terbaik dan sepanjang kariernya, kecuali bukan esoklah.

Danny Ings sebelum ini ada bercakap tentang hubungan istimewanya dengan Anfield, terutama sekali kakitangan perubatan yang banyak membantunya untuk kembali pulih dan cergas.

Klopp mengakui Ings memang seorang yang sangat mesra dan rapat dengan semua orang termasuk kakitangan perubatan, serta staf yang lain. Beliau senang didekati oleh semua orang.

Klopp juga memuji Ings sebagai seorang yang sangat positif walaupun ramai yang meragui beliau akan kembali kepada prestasi terbaiknya.

Ings Sentiasa Merah

Selepas tamat aksi di Anfield, para pemain Liverpool telah pergi ke arah Danny Ings. Mereka bersalaman dengan Ings sama seperti pemain lain.

Cuma bezanya jelas sekali pemain itu masih mempunyai hubungan yang sangat istimewa dengan para pemain Liverpool yang lain.

Antara yang memeluk erat Danny Ings ialah Jurgen Klopp.

Saksikan di sini.

Danny Ings telah menghadirkan ancaman sangat bahaya di dalam perlawanan di antara perlawanan Liverpool dan Southampton.

Namun begitu beliau tidak dapat membolosi gawang pasukan kelab lamanya itu kerana kecemerlangan pertahanan lawan dan juga Alisson Becker.

Apa yang pasti Danny Ings ternyata mencipta beberapa momen yang sangat bahaya kepada Liverpool.

Selamat maju jaya diucapkan kepada Danny Ings.

Baca yang lain