[VIDEO] Detik Indah Nou Camp Bagi Standing Ovation Untuk Joaquin Sempena Aksi Terakhirnya Di Situ

Barcelona menewaskan Betis 4-0 dalam La Liga. Lamine Yamal, 15, membuat penampilan sulung untuk Barca.

Menjadikan dia pemain paling muda membuat debut untuk Barca.’

Pasukan Barca meneruskan kecemerlangan mereka dalam kempen La Liga. Dan semakin menghampiri kejuaraan mereka.

Walaupun kalah, Betis tetap menghargai detik pemain legenda mereka diraikan peminat di stadium ikonik Nou Camp.

Pemain Veteran Joaquín telah mengucapkan selamat tinggal kepada bola sepak profesional pada akhir musim ini. Perkara itu diumumkan Joaquin beberapa minggu lalu.

Joaquin diraikan sejurus sebelum perlawanan dimulakan, apabila juruhebah Camp Nou mengucapkan terima kasih atas semua kegembiraan yang telah dia berikan kepada dunia bola sepak.

Joaquín memandang ke seluruh stadium dan berterima kasih kepada tepukan hangat yang diberikan orang ramai kepadanya.

@movistarplus

💚 Ovación infinita del Camp Nou a Joaquín. #LaLiga #LaCasaDelFútbol #tiktokfootballacademy

♬ sonido original – Movistar Plus+

Pada minit ke-64, Joaquin dimasukkan ke dalam padang menggantikan Miranda.

Dan berlaku satu lagi detik indah dalam bola sepak. Di mana seluruh Nou Camp bersorak sambil berdiri.

Penyokong Barca dan Betis sama sama memberikan tepukan kepada legenda  tersebut.

Saksikan detik fairplay dan respect itu di sini:

Selepas tamat perlawanan, Joaquin akui terharu dengan sambutan di Nou Camp ke atasnya dan mengucapkan terima kasih.

Ianya adalah detik yang dia akan ingati buat selama lamanya.

Sepanjang kariernya, Joaquin memulakan karier profesional dengan Real Betis. Dan kemudian meneruskan kecemerlangannya bersama Valencia.

Selepas itu dia turut bermain untuk Malaga dan Fiorentina sebelum kembali semula ke Betis.

Baca yang lain