[VIDEO] Detik Lampard Menghalang Pengadil Daripada Melayangkan Ronaldo Kad Merah

Frank Lampard pernah mempamerkan semangat kesukanan tahap anugera Nobel. Di mana dia menghalang pengadil daripada melayangkan kad kuning kedua kepada Cristiano Ronaldo.

Pada 2009, Manchester United menewaskan Chelsea 3-0 di Old Trafford hasil jaringan Nemanja Vidic, Wayne Rooney dan Dimitar Berbatov.

Tetapi mereka mungkin boleh mengalihkan tekanan kepada United jika Ronaldo dibuang padang pada lewat separuh masa kedua dalam pertembungan panas dua pasukan tersebut.

Insiden itu berlaku pada minit ke-73. Dengan United di hadapan dengan skor 2-0. Masih ada banyak masa untuk Chelsea membalas gol itu berdepan dengan 10 pemain United.

Namun begitu Lampard memutuskan untuk tidak mahu melihat Ronaldo dibuang padang.

Ronaldo udah dilayangkan kad kuning dalam insiden yang panas. Ronaldo kemudian melakukan kontak yang terlalu lewat ke atas Lampard.

Cabaran itu jelas sekali satu foul dan boleh dilayangkan kad kuning, lebih lebih lagi ianya dilakukan ketika Ronaldo sudah kehilangan bola. Ketika itu pemain sensasi Portugis terlalu bersemangat sehingga gagal mengawal dirinya dan akhirnya mengasari Lampard dengan kakinya terkena pada Lampard.

Sepakan percuma segera diberikan dan kelihatan Howard Webb sudah bersedia untuk menghantar Ronaldo keluar dari padang.

Bagaimanapun, bekas pemain sayap Sporting CP itu tidak dilayangkan kad kuning kedua dan dia terhutang budi yang banyak kepada Lampard atas tindakannya itu.

Walaupun terjahan itu menyebabkan dia meraung kesakitan di atas padang, dia tidak berguling di atas padang dan cuba membuat lawannya dibuang padang.

Sebaliknya, dia segera bangun, berpelukan dengan Ronaldo dan kelihatan segera bercakap dengan Webb agar menyegerakan permainan. Dan mendakwa dia tidak apa apa.

Lampard merasakan kontak itu tidak cukup kuat untuk dilayangkan kad merah. Ronaldo jelas sekali sudah cuak dan tahu bahawa dia baru sahaja berada dalam masalah besar.

Tetapi dia sangat lega selepas itu kerana tindakan terpuji Lampard.

Anda boleh lihat betapa berterima kasihnya Ronaldo atas integriti dan semangat kesukanan Lampard. Dengan kedudukan 2-0 kepada United, kad merah pada minit ke-73 boleh membawa Chelsea kembali dalam permainan tetapi Lampard memilih untuk tidak melakukan pilihan itu.

Berbatov meraih gol ketiga yang mebunuh perlawanan pada minit ke-87. Di mana perlawanan tersebut menjadi perlawanan penting dalam kempen yang menyaksikan United menjadi juara Liga Perdana Inggeris musim tersebut.

Apa yang pasti tindakan Lampard itu memang dikenang sebagai salah satu momen terbaik menggambarkan semangat kesukanan tinggi pemain itu.

Bayangkan pula kalau Neymar berada di tempat Lampard tu.

Baca yang lain

Penyokong Sociedad Ejek Greenwood

Mason Greenwood sekali lagi menjadi serangan lisan berbaur hinaan ke atasnya. Penyokong pelawat, penyokong Real Sociedad telah berkali kali melaungkan Greenwood pergi