[VIDEO] Detik Madam Pang & Pemain Thailand Terharu Dengan Tindakan Ultras Malaya

Dalam bola sepak untuk membina semangat kesukanan itu memang bukan mudah. Dan ianya semangat yang sangat penting berdasarkan prinsip beautiful game.

Apatah lagi di kalangan peminat dan ultras. Semangat penyokong yang fanatik kadangkala sukar untuk menerima kekalahan dan memberikan kredit kepada pasukan lawan.

Namun Ultras Malaya meninggalkan momen yang tidak mungkin akan dilupakan oleh pemain pemain Thailand dalam Piala AFF 2022.

Di mana Ultras Malaya memberikan penghormatan dan ucapan selamat maju jaya buat Thailand diketuai oleh Capo Lekir.

Harimau Malaya menguatkan lagi reputasinya sebagai Ultras yang popular di kalangan peminat Asia Tenggara.

Para pemain Thailand ramai tergamam termasuk Madam Pang yang merupakan pengurus besar pasukan Thailand.

Mereka kemudian memberikan salam hormat tanda menghargai semangat kesukanan Ultras Malaya.

Tidak cukup dengan itu Ultras Malaya menyanyikan lagu khas Sawadikap Thailand tanda pesaudaraan sesama Asean.

Detik itu benar benar menarik perhatian ramai netizen terutama dari Thailand.

Mereka mengucapkan terima kasih kepada Harimau Malaya. Dan kemudian menyatakan bahawa ianya menjadi detik di mana semangat kesukanan dijulang di tempat tertinggi oleh Ultras Malaya.

Malaysia Kandas Di Bumi Siam Selepas Aksi Gugup Berdepan Free Flowing Football Thailand

Thailand terus mengukuhkan kedudukannya sebagai kuasa bopa sepak Asia Tenggara. Dan berpeluang untuk mempertahankan kejuaraan serantau Piala AFF 2022 selepas menewaskan Malaysia pada separuh akhir kedua.

Malaysia membawa bekalan tipis 1 gol dari Bukit Jalil. Dan berharap akan dapat meraih sebarang gol tempat lawan. Ini kerana Piala AFF masih menggunakan sistem gol tempat lawan.

Namun itu tidak dapat dilaksanakan Malaysia. Kerana skuad Harimau Malaya beraksi dengan sangat gugup. Banyak hantaran lemah dan tak sampai.

Lebih setengah jam Malaysia beraksi tanpa sebarang percubaan ke arah gol.

Thailand di hadapan menerusi legenda ASEAN yang merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman untuk Piala AFF, Teerasil Dangda yang menanduk deras bola hasil umpanan Theerathon Bunmathan.

Thailand berjaya memadamkan agregat dibawa Malaysia seawal minit ke-19.

Malaysia tidak menemui rentak mereka sepanjang perlawanan. Thailand semakin dominan dan cuba untuk mendapatkan gol kedua secepat mungkin.

Ini kerana Thailand sedar bahawa Malaysia akan mendapat kelebihan jika mereka menjaringkan 1 gol.

Malaysia mendapat beberapa percubaan pada babak akhir sebelum rehat. Dominic Tan memiliki percubaan bahaya yang terus ke tangkapan penjaga gol.

Separuh masa pertama berakhir dengan keputusan 1-0 memihak tuan rumah.

Bersambung babak kedua Malaysia cuba memperbaiki rentak permainan mereka selepas separuh masa pertama yang teruk sekali.

Ada perubahan dari segi penguasaan namun Malaysia masih berdepan masalah dengan hantaran ke final third. Penyudah yang lemah dan tumpul.

Thailand akhirnya mendapat gol kedua menerusi Bordin Phala yang tidak dikawal dengan mudah melakukan first time shot pada minit ke-55.

Thailand kemudian mematikan langkah Malaysia dengan gol ketiga menerusi Adisak Kraisorn pada minit ke-71.

Malaysia kelihatan sudah hancur secara psikologi dan berterusan melakukan kesilapan serta pertahanan yang longgar.

Malaysia sedikit bernasib baik kerana tidak ada tambahan 2 atau 3 gol lagi daripada Thailand.

Tamat perlawanan, Thailand 3 Malaysia 0. Thailand mara dengan agregat 3-1.

Thailand akan menentang Vietnam pada aksi final selepas ini. Sebagai tambahan, aksi final akan diadakan dalam dua pusingan timbal balik.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.