[VIDEO] Detik Manis Keeper Reims Minta Messi Bergambar Dengan Anaknya

Lionel Messi akhirnya membuat debut untuk PSG dalam aksi ligue 1 berdepan dengan Reims.

Di mana bekas kapten Barcelona itu masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-65, hanya beberapa minit selepas Mbappe menjaringkan gol kedua.

Messi masuk menggantikan Neymar dalam aksi tersebut. Di mana Mbappe menjaringkan kedua dua gol dalam kemenangan 2-0 PSG.

Messi disambut meriah oleh peminat lawan dan juga peminat PSG sendiri. Ligue 1 ternyata teruja dengan Lionel Messi.

Messi tidak dapat menjaringkan gol dalam penampilan pertamanya.

Satu detik yang menarik perhatian berlaku selepas tamat perlawanan. Apabila penjaga gol Reims Predrag Rajkovic tidak melepaskan peluang untuk meminta Messi bergambar dengan anaknya.

Messi yang sedang bercakap cakap dengan Keylor Navas tidak menolak permintaan itu.

Pemain yang memenangi 6 Ballon D’or dari Argentina itu telah meluangkan masa untuk bergambar dengan anak Rajkovic dengan penjaga gol itu mengambil gambar menggunakan telefonnya.

Di media sosial peminat terharu melihat detik itu. Ianya dianggap detik yang ikonik dalam bola sepak.

Saksikan detik manis itu di sini: