VIDEO: Detik Messi Diraba Sekumpulan Lelaki Bermisai Di TV Sebelum Menjadi Superstar

Lionel Messi merupakan salah seorang pemain bola sepak terbaik sepanjang zaman. Beliau merupakan pemilik kepada 6 Ballon d’Or, bukti betapa hebatnya beliau.

Di dalam kariernya Messi sudah menjaringkan gol yang sangat banyak. Menempa banyak kejayaan bersama dengan Barcelona.

Beliau kini merupakan kapten pasukan Barcelona dan tiada tanda tanda bahawa peak beliau akan surut.

Messi memiliki bakat semulajadi yang sangat hebat. Mampu menggelecek dan memusnahkan lawannya dengan rembatan yang tajam.

Namun sebelum Lionel Messi menjadi superstar, beliau pernah tampil dalam satu rancangan lawak di Argentina.

Di mana sekumpulan lelaki bermisai meraba bumper dan telurnya di dalam siaran tv. Rancangan itu memang pelik.

Malah, penulis Metro UK, George Bellshaw dalam artikelnya memulakan ayat dengan: “Is this legal?!” yang bermaksud, adakah benda ni tidak haram?

George menganggap perbuatan sekumpulan lelaki itu sebagai gila seks ataupun pervert.

Malah ada yang mencium Messi di bibirnya.

Gurauan itu dianggap agak melampau. Malah Messi terpaksa mempertahankan dirinya daripada dilondehkan seluarnya.

Video tersebut dikongsikan semula oleh pengguna Twitter. Dan ramai yang terkejut dengan video itu. Tak sangka bagaimana gurauan serupa itu boleh ditayangkan di televisyen.

Itu dululah. Sekarang ni Messi dah menjadi nama besar. Antara manusia paling berpengaruh dari Argentina. Rasanya tak mungkin abang abang bermisai tu berani memperlakukannya sebegitu lagi.

Baca yang lain

Real Madrid Pantau Trent Alexander Arnold

Fabrizio Ronano melaporkan bahawa Real Madrid memantau secara dekat perkembangan kontrak Trent Alexander Arnold kerana kelab itu berminat mahu mendapatkannya. Kontrak semasa

Buffon Mahu Saiz Tiang Gol Ditambah

Bekas pemain Juventus dan Itali yang berstatus legenda dunia, Gianluigi Buffon pernah menyatakan pandangannya agar saiz tiang gol yang ada ditambah lagi.