Zlatan Ibrahimovic dikenali sebagai pemain berbakat besar dan ada ego yang sangat tinggi. Namun begitu ego itu ditundukkan oleh Jose Mourinho dengan cara yang dia tak akan lupa.
Dalam aksi antara Inter Milan menentang Siena pada 2009, Zlatan Ibrahimovic meminta untuk digantikan. Jose Mourinho dilihat mengangguk faham isyarat pemain itu.
Zlatan ingat Mourinho benar benar sedia menggantikannya seperti yang dia minta. Namun Mourinho mahu menunjukkan siapa bos pada hari itu.
Pada perlawanan tersebut Inter Milan sudah pun sah menjadi juara liga. Namun Mourinho dikatakan tidak gembira dengan sumbangan Zlatan Ibrahimovic yang ala kadar tidak seperti biasa.
Walaupun sudah bergelar juara, Mourinho menuntut semua pemainnya kekalkan profesional dan bermain dengan disiplin seperti biasa.
Zlatan melihat papan pertukaran pemain diangkat. Namun tiada namanya, Mourinho memasukkan Davide Santon dan Mancini yang masuk masing masing menggantikan Luis Figo dan budak nakal Mario Balotelli.
Zlatan kelihatan bengang dan dia melepaskan sedikit kegeramannya itu dengan mencetak gol ketiga pasukannya beberapa minit selepas pertukaran itu dibuat.
Zlatan terus bermain dan kemudian Mourinho memutuskan untuk menggunakan pertukaran terakhirnya hari ini. Ketika itu Zlatan fikir bahawa kali ini dia benar benar akan dikeluarkan. Zlatan Ibrahimovic sudah memberikan tepukan kepada peminat tanda penghargaan.
Malangnya, bukan dia yang dikeluarkan. Mourinho seolah olah menganjing pemain itu dengan mengeluarkan Julio Cesar dan memasukkan penjaga gol gantian Paolo Orlandoni atas alasan mahu penjaga gol itu terlibat dalam aksi musim tersebut, pada musim kejuaraan.
Ini bermakna Zlatan Ibrahimovic terus kekal bermain sepenuh masa. Dan apa yang dilakukan Mourinho itu sebenarnya telah membantu Zlatan memenangi kasut emas Serie A musim tersebut dengan beza hanya 1 gol pada akhir musim tersebut.
Pada 2014, Jose Mourinho menjelaskan tentang insiden itu. Dia mengakui dia tahu Zlatan tidak cedera dan cergas. Cuma pemain itu kecewa kerana tidak mendapat servis yang dia mahukan daripada rakan rakannya.
Sebab itu Zlatan mahu keluar sahaja, kerana rakan rakannya seolah olah tidak mahu membantunya menjadi penjaring terbanyak musim itu.
Mourinho juga mengesahkan pemain itu meroyan pada masa itu. Mourinho berkata: “Dia benar benar marah, dan pergi kepada saya. Dia menjerit: ‘Kita dah juara kan, nak apa lagi, saya dah banyak tolong kamu untuk jadi juara, tapi hari ni tiada siapa pun nak tolong saya’. Saya nak keluar sekarang!’.
“Tetapi pada masa itu saya pura pura tak dengar dan tak faham apa dia cakap. Saya tanya dia: ‘Apa dia, kamu nak minum ke?’ Lalu saya mencari botol air dan membaling botol kepadanya dan berkata kepada dia: ‘Nah air, ayuh, go go go’. Kamu tahu beberapa minit kemudian dia menjaringkan gol.”
When Jose Mourinho humbled Zlatan and showed him who's the big boss.
Don't mess with Jose😂 pic.twitter.com/3ngEqE0wEa
— MourinhoXtra™ (@Mourinho_Xtra) May 27, 2024
Zlatan Ibrahimovic sentiasa menganggap The Special One sebagai pengurus yang paling dia sanjungi walaupun seringkali tak sependapat. Kedua dua mereka bergabung sekali lagi ketika di Man United kira kira tujuh tahun kemudian. Dan menjuarai Europa League bersama kelab itu.
Zlatan sur Mourinho. Des clés très interessantes. Il ne parle pas tactique, mais méthodologie et mental :
• Variété permanente des procédés d’entrainement
• Développement de la confiance en soi et de la determination
• Franchise
• Esprit compétitif pic.twitter.com/9RlMpHcRjW— Victor Lefaucheux (@Premieretouche) October 8, 2023
Mourinho turut memuji Zlatan sebagai pemain yang sentiasa istimewa di hatinya.
“Zlatan, pemain yang memberikan saya sangat banyak, dan dia sentiasa berada di hati saya. Dia melakukan banyak sumbangan untuk Inter dan Inter pun bagi sumbangan banyak kepadanya. Dia sangat istimewa dan salah seorang penyerang terbaik di dunia [pada masa itu].”