[VIDEO] Detik Ngeri, Penunjuk Perasaan Hampir Meninggal Selepas ‘Parachute’ Sangkut Pada Spider Cam

Aksi sebelum sepak mula di antara Jerman dengan Perancis telah dikejutkan dengan satu insiden ngeri. Di mana seorang penunjuk perasaan ‘greenpeace protester’ hampir sahaja terlibat nahas.

Ini selepas payung terjun yang digunakannya tersangkut pada kabel spidercam. Penunjuk perasaan tersebut memutuskan untuk terjun ke dalam stadium dalam aksi Euro antara Jerman dan Perancis yang menjadi perhatian seluruh dunia.

Protes itu ditujukan kepada Volkswagen. Greenpeace dalam kenyataan mereka mendesak penaja Euro, Volkswagen untuk menghentikan penghasilan kereta yang memudaratkan perubahan iklim – menerusi kereta diesel dan petrol mereka.

Namun di dalam stadium para penyokong sangat terkejut dengan insiden yang hampir meragut nyawa itu.

Di mana penerjun tersebut telah terbabas sedikit daripada kedudukan sepatutnya dan hampir terhempas di tempat duduk penyokong. Mujurlah dia berjaya mengawal saat saat genting itu.

Dia kemudiannya gagal mendarat dengan sempurna kerana tersangkut pada tali.

Satu lagi rakaman dari atas menunjukkan situasi tersebut dari sudut berbeza:

 

Penunjuk perasaan kemudian ditangkap oleh pihak polis kerana menceroboh ke dalam stadium. Dia juga mungkin berdepan dengan pertuduhan kerana apa yang dilakukannya memudaratkan nyawa orang lain juga selain daripada risiko ke atas nyawanya sendiri.

UEFA kemudian mengesahkan bahawa ada beberapa penonton yang cedera dan dikejarkan ke hospital kerana dilanggar oleh penerjun tersebun.

Baca yang lain