VIDEO: Detik Pemain Indonesia Meraikan Kejayaan Mara Ke Fasa 16 Akhir

Pasukan kebangsaan Indonesia atau Timnas Indonesia berjaya melakar sejarah layak ke pusingan 16 terakhir Piala Asia buat pertama kali dalam sejarah.

Ianya berjaya dicapai oleh pasukan Garuda selepas keputusan seri antara Oman vs Kyrgyzstan pada perlawanan terakhir Kumpulan F pada Khamis.

Oman terlebih dahulu mendahului perlawanan yang berlangsung di Stadium Abdullah bin Khalifa, Doha. Oman membuka jaringan 1-0 menerusi jaringan Muhsen Al-Ghassani pada minit kelapan.

Kyrgyzstan yang tidak berputus asa dan kerja keras mereka ternyata membuahkan hasil pada minit ke-80.

Joel Kojo berjaya mengeksploitasi kesilapan antara penjaga gol dan pemain pertahanan Oman untuk menyamakan kedudukan 1-1.

Kedudukan itu berkekalan sehingga perlawanan tamat. Dengan kedua dua pasukan tidak menambah sebarang lagi gol dalam perlawanan ini.

Pemain pemain dan staf pasukan Indonesia menunggu dengan sabar wisel penamat melibatkan perlawanan kedua dua pasukan tersebut di bilik hotel mereka.

Hal ini kerana skuad Indonesia bergantung kepada keputusan itu. Jika keputusan seri itu kekal, maka mereka akan mara ke pusingan 16 akhir menerusi laluan sebagai salah satu pasukan terbaik dari kedudukan tempat ketiga di kumpulan.

Detik mereka menunggu wisel penamat itu dirakam. Dan mereka menjadi girang dan euforia meraikan kejayaan tersebut. Ianya tidak dapat digambarkan dengan kata kata.

Pasukan bimbingan Shin Tae Yong itu mara kerana mereka mempunyai kelebihan mata berbanding Oman, yang berada di tempat kelima dalam kedudukan pasukan tempat ketiga terbaik.

Pasukan kebangsaan Indonesia mengumpul tiga mata daripada tiga perlawanan, manakala Oman hanya memperoleh dua mata selepas seri menentang Kyrgyzstan.

Indonesia layak bersama tiga lagi pasukan ranking ketiga terbaik iaitu Jordan, Palestin dan Syria.

Keputusan ini sekaligus menjadikan Pasukan Kebangsaan Indonesia mencipta sejarah. Pasukan Garuda telah layak ke pusingan 16 terakhir Piala Asia buat kali pertama sejak pertama kali muncul dalam acara ini pada 1996.

Pada empat edisi sebelum ini, kemaraan Pasukan Kebangsaan Indonesia sentiasa terhenti pada di peringkat kumpulan ketika Piala Asia pada 1996, 2000, 2004 dan 2007.

Satu lagi video menunjukkan pemain pemain Indonesia berlari ke bilik hotel jurulatih mereka Shin Tae Yong dan meraikannya bersama sama.

Ramai peminat terharu melihatnya. Kerana mereka tahu detik itu benar benar berharga buat pemain dan jutaan rakyat Indonesia yang menyokong Garuda.

Saksika di sini:

Indonesia bangkit dengan luar biasa ketika era Shin Tae Yong. Dalam edisi kali ini mereka menjadi skuad yang memiliki purata umur sangat muda.

Ianya adalah perkara yang sangat positif buat bola sepak Indonesia bagi jangka masa yang panjang.

Ketua Umum PSSI atau KETUM PSSI, Erick Thohir juga antara individu yang wajar diberikan kredit di atas kejayaan ini. Kerana beliau menjadi tunjang penting dalam merevolusikan bola sepak Indonesia.

Erick dalam kenyataannya berkata: “Alhamdulillahm, sejarah baharu untuk bola sepak Indonesia. Mendapatkan 1 slot di kalangan pasukan yang beraksi di peringkat 16 akhir Piala Asia 2023 telah berjaya diraih Timnas Indonesia.

“Perjuangan luar biasa daripada para pemain, jurulatih, dan pegawai untuk berjaya membawa Indonesia layak ke fasa 16 akhir. Serta doa seluruh rakyat Indonesia yang tak henti henti buat Timnas.

“Perjuangan masih belum selesai, kita berikan yang terbaik untuk membawa Garuda Mendunia.”

Syabas kepada Indonesia yang berjaya mengikut jejak Thailand selaku pasukan dari Asia Tenggara yang mara ke pusingan 16 akhir Piala Asia 2023.

Semoga terus mara dengan lebih jauh!