[VIDEO] Detik Pertahanan Perancis Risau Dengan Ancaman Ronaldo Pada Sesi Latihan Khas

Ronaldo Luis Nazario de Lima, ataupun Ronaldo Fenomeno memang penyerang yang sangat digeruni satu ketika dahulu.

Beliau memiliki fizikal yang besar dan sangat laju. Kaki beliau pula penuh dengan skil, sebut apa sahaja ‘footwork’, sudah pasti si ‘raksasa’ ini mampu melakukannya.

Ada satu footage video menarik di mana, para pertahanan Perancis membincangkan dan berkongsi idea (brainstorming) cara menghentikan pemain ini secara taktikal dan teknikal.

Frank LeBouef, Lilian Thuram, dan Marcel Desailly bercakap tentang beberapa strategi untuk mereka cuba meneutralkan Ronaldo. Desailly pernah bermain dengan Ronaldo di Milan, manakala Thuram pernah berhadapan dengan Ronaldo di Serie A.

Seperkara yang menarik juga, pemain-pemain ini benar dipersiapkan dengan ‘tactical minded’ selain daripada teknikal yang padu. Mereka berbincang seperti jurulatih ketika sesi tersebut.

Pemain cuba meniru maneuver gerakan Ronaldo untuk memberikan gambaran kepada rakan mereka apa yang mereka bakal hadapi.

Jom saksikan video ini:

Agak menarik, keluar juga nama Bebeto pada akhir video tu.

Dalam perlawanan akhir, Perancis menang 3-0 dengan Ronaldo beraksi hambar pada perlawanan tersebut. Perancis menjulang Piala Dunia di bumi sendiri pada 1998.

Ronaldo sang fenomena

Ronaldo Luís Nazário de Lima (lahir pada 18 September 1976) atau dikenali sebagai Ronaldo merupakan lagenda bola sepak Brazil yang seringkali dianggap sebagai no.9 terbaik sepanjang zaman.

Ronaldo pemenang Anugerah Pemain Terbaik Dunia FIFA sebanyak tiga kali, dan memenangi dua anugerah Ballon d’Or.

Ronaldo memulakan kariernya di Cruzeiro dan berpindah ke PSV pada tahun 1994.

Beliau kemudiannya menyertai Barcelona pada tahun 1996 dengan bayaran perpindahan rekod dunia pada ketika itu.

Pada usia 20 tahun, beliau dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Dunia FIFA 1996 dan sekaligus menjadikannya penerima termuda penghargaan tersebut.

Pada tahun 1997, Inter Milan pula memecahkan rekod dunia dala perpindahan untuk menandatangani Ronaldo.

Pada usia 21 tahun, beliau menerima anugerah Ballon d’Or 1997 dan masih menjadi penerima termuda bagi anugerah tersebut.

Pada usia 23 tahun, Ronaldo telah menjaringkan lebih dari 200 jaringan gol untuk kelab dan negara.

Namun, setelah beberapa kali mengalami kecederaan lutut, beliau tidak aktif selama hampir tiga tahun.

Ronaldo menyertai Real Madrid pada tahun 2002 dan memenangi gelaran kempen La Liga musim 2002/03.

Ronaldo kemudian bermain di A.C. Milan dan Corinthians sebelum bersara pada tahun 2011 kerana mengalami kecederaan lebih lanjut.

Ronaldo bermain untuk pasukan kebangsaan Brazil sebanyak 98 perlawanan dan secara keseluruhan menjaringkan 62 gol.

Beliau merupakan pencetak gol kedua tertinggi untuk pasukan kebangsaan Brazil selepas Pelé.

Pada usia 17 tahun, beliau adalah pemain termuda skuad Brazil yang memenangi kejohanan Piala Dunia FIFA 1994.

Pada Piala Dunia FIFA 1998, Ronaldo menerima anugerah Bola Emas sebagai pemain terbaik kejohanan tersebut selepas membantu Brazil mara ke perlawanan akhir.

Ronaldo menebus kegagalan di 1998 dengan memenangi Piala Dunia FIFA 2002.

Ronaldo menjaringkan dua gol di perlawanan akhir dan sekaligus menerima anugerah Kasut Emas sebagai penjaring gol terbanyak kejohanan.

Pada Piala Dunia FIFA 2006, Ronaldo menjaringkan gol ke-15 dalam kejohanan Piala Dunia FIFA sebagai rekod kejohanan pada ketika itu.

Beliau juga pernah menjulang piala Copa América 1997, di mana beliau menjadi pemain terbaik kejohanan, serta menjuarai Copa América 1999 sebagai penjaring gol terbanyak.

Pada 14 Februari 2011, Ronaldo mengumumkan persaraan dari arena bola sepak dengan aksi terakhirnya bersama skuad kebangsaan Brazil menentang Romania pada aksi persahabatan di stadium Pacaembu Sao Paulo, Brazil.