Video: Detik Puteh Diumum Juara MLM 2019!

Terlebih dahulu tahniah kepada kumpulan Puteh kertas kerja untuk menjadi Juara Maharaja lawak mega 2019. Selepas kecundang pada tahu lalu.

Kejayaan ini pasti lebih bermakna buat Ali Puteh apabila anaknya yang tersayang pergi meninggalkannya selama-lamanya ketika Ali masih dalam program ini.

Beliau sempat memberikan satu dedikasi khas kepada arwah anaknya, Ainul Mardhiah. Sangat menyentuh perasaan wei.

Ramai yang tersentuh hati melihatnya.

Puteh kali ini dibarisi oleh Ali, Mamak, dan Man.

Ternyata percaturan mereka pada kali ini menjadi dan berjaya merangkul hadiah utama bernilai RM500 ribu.

https://twitter.com/topekcomel/status/1215664280894238720?s=19

Kumpulan Zero menjadi naib juara dan membawa pulang RM250,000.

Bocey di tempat ketiga dengan membawa pulang RM150,000.

Jborn di tangga keempat membawa pulang wang tunai bernilai RM50,000.

Sementara Rare di tangga kelima membawa pulang RM15,000.

Syabas kepada Puteh di atas kejayaan anda pada malam ini.

Ini merupakan kali pertama mereka menjuarai program Maharajalawak Mega yang menawarkan hadiah paling tinggi dalam sejarah penyiaran komedi.

70 peratus markah adalah daripada juri dan 30 peratus lagi adalah menerusi undian peminat menerusi SMS.

Featured Image: Media Hiburan

Baca yang lain