Video: Detik Ronaldo Enggan Jadi Kapten Kerana Ada Matuidi

Cristiano Ronaldo adalah bintang bola sepak terkemuka. Beliau bermain untuk Juventus di Serie A selepas meninggalkan Real Madrid. Semua orang tahu kan benda tu.

Dalam aksi menentang Udinese pada hujung minggu lalu, Gonzalo Higuain dikeluarkan dan beliau menyerahkan lilitan kapten kepada Cristiano Ronaldo.

Namun bintang Portugal itu menolak untuk menjadi kapten. Sebaliknya Cristiano Ronaldo pergi ke ara Blaise Matuidi dan menyarungkan ia pada pemain tersebut.

Ronaldo kemudian memeluk Matuidi. Senario itu mendapat tepukan gemuruh daripada para penyokong Juventus.

Ronaldo menghormati senioriti yang ada pada Matuidi di dalam pasukan Juventus.

Korang saksikan detik itu di sini:

Selepas tamat perlawanan, Blaise Matuidi menyatakan beliau tidak menjangka tindakan Cristiano Ronaldo itu.

Kerana beliau bintang besar dalam arena bola sepak dan tiada masalah sekalipun jika beliau menjadi kapten.

https://twitter.com/i/status/1206453904675766273

Matuidi menghargai apa yang dilakukan Ronaldo dan menganggap tindakan itu sebagai world class.

Matuidi merupakan pemain yang sudah bermain untuk Juventus sejak 2017.

Kedua-dua pemain tersebut memang rapat di dalam kem pasukan Juventus.

Ronaldo merupakan kapten kebangsaan untuk pasukan negaranya Portugal. Dan beliau antara kapten yang sangat berpengaruh di arena antrabangsa.

Ronaldo menjaringkan 2 gol di dalam aksi tersebut. Satu lagi gol menerusi Leonardo Bonucci. Juventus menang 3-1.

Juventus kini sama mata dengan Inter Milan dalam perebutan Serie A, dengan masing-masing mengutip 39 mata selepas 16 perlawanan.

Musim ini, Ronaldo berhadapan dengan cabaran yang sukar selepas beberapa kali dilaporkan tidak sehaluan dengan Maurizio Sarri.

2 kali Ronaldo menunjukkan reaksi tidak berpuas hati ketika dikeluarkan.

Namun Sarri menganggap perkara itu biasa untuk seorang pemain bernama Ronaldo.

Beliau sentiasa seorang pemain yang kompetitif dan mahu bermain di atas padang.

Ronaldo masih lagi memiliki keupayaan untuk beraksi di peringkat tertinggi di dalam kariernya.

Musim lalu beliau memenangi Anugerah Pemain Terbaik Serie A 2018/19 – pada tahun pertama beliau bermain di Itali.

Beliau merupakan pemenang 5 kali Ballon d’Or. Itu sudah cukup untuk menceritakan kelegendaan nama Cristiano Ronaldo di dalam sejarah bola sepak terutama sekali Portugal.

Baca yang lain