Ronaldo Nazario De Lima Souza ataupun Ronaldo Fenomeno ada ribuan kisah menarik dalam kariernya. Beliau dianggap sebagai no.9 terbaik pernah dilahirkan dalam bola sepak.
Salah satu kisah menarik Ronaldo adalah ketika pemain pemain Argentina langsung tidak ada cara menghalangnya dan memutuskan untuk berterusan membentes kakinya.
Sebelum perlawanan media di Argentina bermain perang saraf dengan Ronaldo dengan menulis bahawa pemain itu gemuk.
Memang fizikal Ronaldo ketika itu agak gemuk. Namun cara penulisan beberapa media di Argentina lebih kepada cubaan mengganggu Ronaldo dengan mengaibkan fizikalnya.
Malang sekali buat Argentina apabil ‘si gemuk’ tersebut telah mengajar satu Argentina erti penyesalan. Walaupun ketika itu Argentina hadir dengan salah satu pasukan terbaik pada era tersebut.
Ronaldo memenangi 3 penalti dalam perlawanan tersebut dan menjaringkan kesemua penaltinya.
Ianya berlaku dalam pusingan kelayakan Piala Dunia 2006, di mana Brazil menjadi tuan rumah kepada Argentina.
Aksi antara dua pasukan terbaik di Amerika Selatan itu digelar Superclasico. Perlawanan bertempat di Stadio Mineirao Bela Horizonte pada 2004.
Ronaldo mendapat gol pertama menerusi penalti yang dihadiahkan oleh Gabriel Heinze yang ketika itu bermain untuk PSG dan dikaitkan dengan Manchester United untuk musim berikutnya.
Heinze terpaksa melakukan bentesan itu. Ronaldo terjatuh dan dia sendiri tampil menewaskan Pablo Cavallero. Pengadil ketika itu mengarahkan retake, dan Ronaldo melakukan penalti dengan ketenangan yang sama.
Argentina sangat tertekan dengan aksi Ronaldo ketika itu. Di tengah Kaka bergandingan dengan Juninho Pernambucano yang menjadi nadi gerakan bola ke atas.
Apa yang lebih menggeramkan Argentina, Ronaldo beberapa kali juga melepasi bentesan mereka sama ada dengan gelecekan ataupun bangkit daripada terjatuh mahupun dengan permainan kombinasi sempurna bersama rakan rakannya.
Dan pada separuh masa kedua, Javier Mascherano pula melakukan bentesan dalam kotak penalti membuatkan Fenomeno tersungkur.
Rakan sepasukannya meraikan kejayaan mendapatkan penalti itu seperti meraikan gol.
Ronaldo sekali lagi menyempurnakan penalti itu dengan rembatan yang tidak deras.
Ronaldo berterusan menerima bentesen dan sepakan daripada lawan yang mahu mencederakannya. Kerana tiada cara lain untuk menghentikan seorang penggempur berbisa dengan badan yang besar dan laju itu.
Malah jersinya turut ditarik sehingga terkoyak.
Argentina memasukkan bintang muda mereka Javier Saviola dan juga idola Messi, Pablo Aimar. Mereka merapatkan jurang pada minit ke-79 menerusi Juan Pablo Sorin
Ianya selepas tandukan Aimar terkena tiang dan Sorin menyambarnya.
Ketika aksi memasuki masa kecederaan Ronaldo terus bernafsu buas. Dan dia memenangi satu lagi penalti. Ronaldo menyempurnakannya.
Selepas tamat perlawanan, mengucapkan tahniah kerana bukan mudah untuk melakukan hatrik penalti. Ianya memerlukan fokus yang sangat kuat.
Ronaldo sempat berseloroh, sebenarnya dia menyumbat 4 penalti masuk. Kerana ada satu retake.
Ianya mengingatkan kita kepada pemain Argentina sendiri yang pernah miss 3 penalti dalam satu perlawanan iaitu Martin Palermo.
Apapun detik hari itu diingati oleh peminat Brazil dan Argentina sebagai detik gila seorang Fenomeno di pentas Superclasico.
Ronaldo mendapat tepukan gemuruh dari segenap penjuru stadium.
Saksikan rangkuman video ringkas aksi itu di sini:
https://youtu.be/UBHZ2Pv_5LU
Baca juga: Ronaldo Fenomeno: Kisah No.9 Terbaik Dalam Sejarah Yang Menggerunkan Lawannya
Ada yang menyifatkan beliau adalah pemain terbaik dalam sejarah bolasepak. Bobby Robson mengiktiraf Ronaldo R9 sebagai pemain pemain terbaik pernah diuruskannya.
“Saya bernasib baik pernah bermain untuk England dengan Billy Wright, Johnny Haynes dan Bobby Charlton sehingga Bobby Moore. Dan diberi keistimewaan untuk menjadi pengurus pemain seperti Terry Butcher, Bryan Robson, Paul Gascoigne, Romario, Gary Lineker dan Alan Shearer. ”
“Saya pernah memiliki nama seperti Ruud van Nistelrooy dan Luis Figo dalam pasukan remaja di bawah pengurusan saya, dan pernah ditipu oleh Diego Maradona. Pemain terbaik yang pernah saya uruskan ?”
“Persaingan yang sukar, tetapi ia perlu Akui, ianya ialah Ronaldo Brazil. “- Sir Bobby Robson, 2007
🗣 "He had one year with me at Barcelona, I bought him from PSV, and he was out of this world. He was a God, absolutely fantastic. He had amazing ability, was a great young athlete, a nice character and respected me. He was marvellous."
– Sir Bobby Robson on Ronaldo. 🇧🇷 pic.twitter.com/B1zGUbN6hI
— Football Tweet ⚽ (@Football__Tweet) February 11, 2019
Profile
Mari Berkenalan dengan Ronaldo secara profil ringkas.
Name: Ronaldo Luís Nazário de Lima
Date of birth: Sep 22, 1976
Place of birth: Rio de Janeiro Brazil
Age: 38
Height: 1.83 m
Nationality: Brazil
Position: Centre Forward.
Jika pada hari ini, generasi yang ada melihat Messi dan Ronaldo sebagai rujukan pemain terbaik. Namun pada era 90-an dan awal millenium kita menyaksikan pemain yang menjadikan bolasepak sebagai seni yang cantik dan indah. Ronaldo atau EL Fenomeno jika ada dalam transfer market hari ini mungkin mencecah £200 juta sebagai opening price valuation.
Mourinho: "When he was at Barcelona with Bobby Robson, I realized that [Ronaldo] was the best player I'd ever seen take to the field."https://t.co/76KSJTL2lk
— beIN SPORTS USA (@beINSPORTSUSA) October 12, 2019
Karier awal
Di pertempatan padat Rio Di Janeiro, Ronaldo menghabiskan masa dengan bermain bolasepak di kawasan sekitar dan memang menjadi kegemaran orang kampung beliau. Dia sentiasa dilihat sebagai wonderkids dengan skil dan seni bolasepak beliau. Dia memang menggemari boalsepak melebihi segalanya.
Ronaldo menyertai Ramos Social iaitu pasukan bola sepak tertutup pada usia 12 sebelum berpindah ke Sao Christavao yang diuruskan oleh lagenda Brazil Jairzinho. Tempat mana beliau telah dikesan oleh ejen yang akan mengubah masa depan belaiu dan transkrip baru dalam sejarah bolasepak dunia iaitu Reinaldo Pitta dan Alexandre Martins.
Setelah menyaksikan potensi Ronaldo, Jairzinho dan agent beliau tadi telah mengesyorkan Ronaldo yang baru berusia 16 tahun kepada bekas kelabnya Cruzeiro.
Dalam musim pertamanya dalam Campeonato Brasileiro, Ronaldo amat menakjubkan dengan meledak 44 gol. Ia amat mengagumkan sejak era ‘budak’ bernama Pele yang mencipta fenomena juga pada usia 16 tahun, kembali pada tahun 1958.
“Di Brazil, budak budak semua bermula dengan bolasepak jalanan. Dan tiap kali dihalang oleh emak, saya terpaksa menipu mengatakan saya bermain di sekolah kerana bermain di jalanan agak bahaya . Kami sentiasa ada bola bersama kami,” kata Ronaldo.
WORLD CUP 1994 , LALUAN KE EROPAH
Ronaldo disenaraikan dalam skuad juara Piala Dunia 1994, Brazil dan dia akhirnya diintip oleh Piet De Visser, antara scouter terbaik dalam bola sepak dunia. De Vissier yang pernah scouting Romario sebelum itu.
Di Vissier pernah menjadi penasihat Abramovich di Chelsea. Seperti Romario, De Visser membawa Ronaldo ke kelab Belanda, PSV Eindhoven, di mana beliau meningkat mendadak dengan menjaringankan 57 gol dalam hanya 54 perlawanan dan dipanggil oleh skuad Olimpik 1996 Brazil. Mereka memenangi pingat gangsa pada Sukan Olimpik namun semakin banyak kelab di elit Eropah mahukan khidmat beliau.
BARCELONA DAN INTER
Pada 1996, Ronaldo menyertai Barcelona mengikut jejak langkah beberapa lagenda besar seperti Johan Cruyff, Michael Laudrup, Ronald Koeman dan Romario. Ronaldo membantu Barca memenangi Copa del Rey , dan Juara UEFA Cup’.
Dia meneruskan tabiat beliau dengan meledak 47 gol daripada 49 perlawanan dan diikitiraf FIFA World Player of the Year, menjadi pemain termuda yang pernah menerima anugerah pada usia 20 tahun.
Ronaldo telah mengubah style classic no.9 style yang sebelum ini stay di atas dan menunggu servis dari pemain lain. Ronaldo telah memberitahu dunia istilah ‘total no.9’ dalam total football. Dia kerap drop ke tengah dan berupaya mencipta gol dengan sendiri.
“Saya suka menjaringkan gol dengan melepasi semua pemain pertahanan dan keeper. Ini bukan keistimewaan saya, tetapi ia adalah tabiat saya. “- Ronaldo
Pada tahun 1998, Barcelona menerima bidaan rekod dunia sebanyak £ 18 juta dari Inter Milan. Musim pertamanya di menghasilkan 34 gol dan banyak lagi rekod telah dipecahkan.
Ronaldo menjadi pemain pertama yang pernah memenai anugerah Pemain Terbaik Dunia FIFA secara back to back. Dia juga menggondol Ballon D’Or.
Ketika di Inter, ianya dianggap versi Ronaldo paling menakutkan lawan. Beliau dalam prestasi kemuncaknya.
Here's Ronaldo scoring his first goal for Inter Milan. (via @Dugout) pic.twitter.com/HxtpPcE34o
— 90s Football (@90sfootball) July 25, 2019
Sekali lagi beliau berdepan dengan kecederaan serius di Inter, membuatkannya berehat panjang. Kecederaan yang dikatakan pemula kepada kemusnahan kariernya daripada bertahan lebih lama.
PIALA DUNIA 1998 – RONALDO BINTANG UTAMA
Ronaldo menyertai Brazil untuk Piala Dunia 1998 sebagai pemain tumpuan utama kejohanan. Tak kurang juga beliau juga dijadikan antara publisiti kejohanan.
Dia adalah most decorated player hadir dalam kejohanan yang dikatakan segelintir peminat sebagai Piala Dunia ‘Ronaldo’. Ini kerana pada 1994 dia hanyalah pemain muda dalam skuad Brazil.
Beliau telah menjaringkan 4 gol dan 3 assist. Turun sebagai pemain terhebat sepanjang zaman, tiada siapa menjangka pemain terbaik dengan pasukan serba lengkap tewas di tangan ‘Zidane’ pada final.
INSIDEN PRA PERLAWANAN FINAL FRANCE V BRAZIL
Pada 12 Julai 1998, perlawanan Akhir Piala Dunia, Brazil dan Perancis menyerahkan teamsheet pasukan kira kira 72 minit sebelum sepak mula. Pengadil Said Belqola ( Pengadil Afrika pertama mengadili perlawanan Akhir World Cup) menerima list yang tidak menyenaraikan nama Ronaldo.
Sesuatu yang aneh telah berlaku apabila Ronaldo gagal turun ke padang untuk sesi latihan akhir sebelum perlawanan telah disenaraikan dalam team list. Belgola, terkejut apabila Ronaldo disenaraikan di saat saat akhir. Brazil tewas 3-0 dan Ronaldo hanta menjadi pedestrian di dalam padang menyaksikan Zidane and Co.
PR pasukan Brazil mendedahkan Ronaldo telah cedera buku lali ketika itu. Ia disusuli cerita baru yang menyatakan penyerang itu mengalami sakit perut. Lebih banyak cerita keluar, termasuk keracunan makanan dan juga masalah peribadi dia dan kekasihnya Susan Werner.
Akhirnya, kebenaran yang mengejutkan didedahkan oleh doktor pasukan Brazil Lidio Toledo. Ronaldo telah dikejarkan ke hospital selepas mengalami konvulsi (kejang) ketika tidur, satu malam sebelum perlawanan akhir.
Ronaldo berkata :
“Saya tidak ingat apa yang berlaku tetapi saya pergi untuk tidur dan seperti doktor nyataka, ia seolah-olah berlaku cuma 30 atau 40 saat.”
KEMBALI MENGGANAS DAN KECEDERAAN
Ronaldo, yang seolah-olah tak terngganggu langsung dengan kegagalan di Piala Dunia apabila krmbali ke Inter untuk musim 99/00 dengan 14 gol dalam 19 . Namun pada November 1999, tragedi melanda Ronaldo sekali lagi, apabila pecah tendon di lututnya semasa perlawanan Serie A menentang Lecce.
Ia memang kecederaan paling ditakuti mana mana pemain yang jenis sprinter. Dia out selama 5 bulan selepas pembedahan. Dia berjaya kembali pada perlawanan akhir Coppa Italia menentang Lazio, tetapi kesannya lebih parah apabila dia diusung keluar padang hanya selepas 7 minit di atas padang. Ligamen lututnya pecah untuk kali kedua.
MAHU KE WORLD CUP 2002 SECARA VICE VERSA
Selepas berehat lebih satu tahun , Ronaldo dikatakan menghubungi pengurus Brazil, Luiz Felipe Scolari untuk memasukkan beliau dalam skuad untuk Piala Dunia 2002 di Jepun / Korea. Kira macam pakai kabel la ni.
Dia merayu dan akhirnya Scolari menyenaraikan nama beliau. Ia adalah janji yang benar benar dikotakan Ronaldo.
Dia menjadi pemusnah Jerman di final dan menjaringkan 8 gol dalam kejohanan itu. Adalah tidak dapat bayangkan jika Scolari tak memberikan vice versa kepada si rambut ‘Pekan’ ini. Ia tiba tiba menjadi Piala Dunia Ronaldo yang sebenar setelah ‘dirampas’ Zidane pada 1998.
Pada kejohanan kali ini beliau memenangi kasut emas, dan pemenang bola perak (anugerah pemain kedua terbaik pertandingan) di belakang Oliver Kahn.
Ronaldo pastinya diingati sebagai salah seorang bintang penting generasi emas Brazil era 90-an dan awal 2000-an.
KEMBALI MENEMUI SENTUHAN BERSAMA GALATICOS
Aksinya di Piala Dunia 2002 membuatkan Real Madrid melakukan bidaan yang tak mampu ditolak Inter, iaitu €39,000,000. Rekod dunia pada ketika itu. Dia melonjakkan merchandizing dengan menjadi jersi pemain paling banyak dijual. Ronaldo menjaringkan 2 gol pada penampilan sulungnya. Dia menyumbang 30 gol dalam untuk membantu Real memenangi La Liga.
On this day in 1996, Ronaldo signed for Inter Milan. Here he is being the best player in world football at the time. 🇧🇷🇧🇷🇧🇷🇧🇷 pic.twitter.com/zQZCq5Nh0x
— Art of Football (@Art_of_Football) July 26, 2019
Walaupun dilanda kecederaan yang kerap, Ronaldo masih mampu menjaringkan 104 gol dalam 184 perlawanan untuk Madrid sepanjang 5 tahun di kelab itu, termasuk hat trik menakjubkan ke atas Manchester United yang membolehkan beliau menerima tepukan gemuruh di Old Trafford.
MISI MENJADI PENJARING TERBANYAK DI WORLD CUP
Ronaldo sekali lagi dipilih untuk 2006 skuad Piala Dunia Brazil, dan dia bukan bintang utama. Dia secara terbuka menyatakan ia lebih kepada urusan peribadi iaitu cuba memecahkan rekod Gerd Muller dengan 14 gol. Dia berjaya melakukannya tetapi pasukan Brazil ditewaskan oleh Perancis pada suku akhir.
ANTIKLIMAKS
Ronado gagal menambat hati pengurus Madrid Fabio Capello pada tahun 2006, yang memiliki penggempur baru Ruud Van Nistelrooy. Pada 27 Januari 2007, Ronaldo menyertai AC Milan membentuk gandingan KA-PA-RO (KAKA-PATO-RONALDO). Seperti biasa, dia menjaringkan gol pada debut dengan 2 gol ke atas Livorno.
Di Milan, beliau mencipta rekod yang luar biasa sebagai satu-satunya pemain yang pernah menjaringkan gol untuk kedua-dua pasukan dalam derby Milan. Namun musim tersebut dia berada di tahap bukan Ronaldo dengan cuma 8 gol pada musim pertama.
Pada Februari 2008, Ronaldo telah diusung keluar padang selepas mengalami sekali lagi kecederaan ligamen. Milan memutuskan tidak akan memperbaharui kontrak Ronaldo atas nasihat bahagian makmal. Selepas pecah ligamen lutut buat kali ketiga dan disisihkan selama lebih setahun, Ronaldo berikrar untuk membuktikan semua orang salah dan kembali mengancam.
Dia kembali ke tanah airnya dengan status superstar bersam Corinthians. Dia dialu-alukan penuh meriah termasuk penyokong kelab lain di Brazil. Pemain yang ada 2 Piala Dunia. Beliau menjaringkan 27 gol dalam 50 penampilan, membantu pasukannya untuk menjuarau Liga.
PERSARAAN : BERSARA BUKAN BERPISAH DENGAN BOLASEPAK !
Dia akhirnya membuat keputusan bersara daripada bolasepak pada 2011.
“Seperti yang anda bayangkan dan anda dengar sepanjang hujung minggu lalu, saya di sini untuk mengesahkan bahawa saya mengakhiri kerjaya saya sebagai pemain profesional,” kata
Ronaldo, yang telah bertarung dengan berat badannya bertahun-tahun lamanya. Beliau mendedahkan bahawa dia mempunyai hipotiroidisme. Iaitu penyakit yang memberi kesan kepada metabolisme badan.”
“Empat tahun lalu di Milan saya dapati saya telah mengalami simptom yang dipanggil hipotiroidisme, yang melambatkan metabolisme anda, dan untuk mengawalnya saya perlu mengambil hormon yang tidak dibenarkan dalam bola sepak kerana ia menyalahi undang undang anti-doping.”
“Rasa sakit membuatkan saya mengakhiri karier saya. Karier saya cukup indah, sangat indah. Saya mempunyai banyak kekalahan (kesakitan), namun saya ada banyak kemenangan tak terhingga.”
“Saya hanya bersara dan bukannya berpisah dengan bola sepak,” kata R9.
412 gol dalam 601 sudah cukup untuk diiktiraf antara pemain terbaik dalam lapangan ini, dengan rekod kecederaan yang sangat banyak.
Gerakan yang menarik dengan sprint daripada ‘raksasa’ di dalam padang. Flip flap skill dia sentiasa saya ingati dan saya anggap cukup infiniti sukar. Lahir bintang seperti Ronaldinho yang decorated namun Ronaldo terlalu unggul untik dibandingkan dengan mana mana generasi baru.
Kejayaan
Cruzeiro
Campeonato Mineiro : 1994
Copa do Brasil : 1993
PSV Eindhoven
KNVB Cup : 1996
Johan Cruijff-schaal : 1996
Barcelona
Copa del Rey : 1997
UEFA Cup Winners’ Cup : 1997
Supercopa de España : 1996
Inter Milan
UEFA Cup : 1998
Real Madrid
La Liga : 2002–03 , 2006–07
Intercontinental Cup : 2002
Supercopa de España : 2003
Corinthians
Campeonato Paulista : 2009
Copa do Brasil : 2009
Brazil
FIFA World Cup : 1994, 2002
FIFA World Cup : Runners-up (2nd Place) 1998
Copa América : 1997, 1999
FIFA Confederations Cup : 1997
Summer Olympic Games : Bronze Medal (3rd Place) 1996
2 Ballon D’Or
3 FIFA Player Of The Year
Artikel ini lebih 1600 patah perkataan, dan jika anda sudah sampai ke sini, maknanya anda memang peminat R9.