[VIDEO] Detik Ronaldo Telanggar Alex Sandro, Peminat Tahu Segalanya Serba Tak Kena

Para peminat Juventus sangat kecewa dengan prestasi pasukan mereka dalam aksi Liga Juara Juara Eropah peringkat 16 akhir pusingan pertama.

Di mana The Old Lady tewas 2-1 di tangan Porto. Dua gol Porto adalah seminit selepas sepak mula untuk setiap separuh masa.

Dan kedua duanya berpunca daripada kelemahan pertahan Juve yang sangat rapuh. Gol pertama adalah kesilapan Rodrigo Betancur yang terhantar bola ke pemain lawan.

Bola itu dipintas oleh Mehdi Taremi, yang membuka tirai perlawanan dengan gol minit pertama. Moussa Marega menjaringkan gol mudah pada awal separuh masa kedua.

Federico Chiesa berjaya memastikan Juve sekurang kurangnya membawa pulang 1 gol tempat lawan.

Cristiano Ronaldo mengalami malam yang buruk pada hari Rabu, ketika Juventus kalah di tangan Porto.

Beliau beberapa kali menunjukkan reaksi kecewa di atas padang. Lantas para peminat Juventus merasakan ia adalah gambaran tentang betapa teruknya taktikal Pirlo malam tadi.

Salah satu momen dianggap kemuncak kepada semua yang serba tak kena adalah ketika Ronaldo cuba menggelecek dan berlanggar dengan Alex Sandro.

Ronaldo tidak dapat memahami kenapa Alex Sandro berdiri seperti tugu di situ.

Tancredi Palmeri: “Biar betul korang ni?”

Ramai yang tak pasti apa yang cuba dilakukan Sandro di situ.

Ada juga yang membela Alex Sandro dengan menyatakan bahawa pemain itu hanya berdiri tegak dan Ronaldo yang berlari tanpa arah.

Tetapi jika diamati sebenarnya Ronaldo cuba melakukan cut inside. Itu adalah larian yang biasa beliau lakukan.

Berlaku salah faham yang jelas di antara kedua dua pemain.

Selepas tamat perlawanan, penjaring gol Juventus, Federico Chiesa mengakui pasukan mereka gemuruh dalam aksi tersebut kerana tekanan selepas melepaskan gol awal perlawanan.

Ianya diburukkan lagi apabila mereka melepaskan gol kepada lawan pada awal separuh masa kedua.

Chiesa berkata: “Ini adalah aksi kalah mati Liga Juara-Juara saya, jadi saya tidak tahu bagaimana rasanya. Kami merasa sangat tertekan sejak awal dan menyukarkan diri kami sejak beberapa minit pertama.”

“Juventus pasti akan kelihatan berbeza di aksi timbal balik, kerana jika kami ingin lolos ke pusingan seterusnya, kami harus menunjukkan sesuatu yang berbeza sama sekali.”

“Di Liga Juara-Juara, apabila anda tidak fokus sepenuhnya, lawan akan menghukum anda. Kami menjaringkan gol tempat lawan, itu memberikan kami kekuatan pada perlawanan kedua, di mana ia akan menjadi perlawanan yang sangat berbeza,” katanya menyimpulkan.

Perlawanan kedua akan berlangsung pada bulan Mac di markas Juventus, Allianz Stadium. Kemenangan 1-0 sudah cukup untuk membantu Bianconeri mara ke suku akhir.

Baca yang lain