VIDEO: Detik Rooney, Ronaldo, Berbatov, Tevez Skor 5 Dalam 23 Minit, Bangkit Atasi Spurs

Kebangkitan pada babak kedua yang luar biasa menyaksikan Manchester United ketika itu ibarat bangkit semula daripada kematian.

Mereka ketinggalan 2-0 pada separuh masa. Namun perlawanan berakhir dengan Setan Merah membelasah Spurs dengan lima gol dalam masa 23 minit untuk memastikan kemenangan yang menguatkan lagi cengkaman mereka pada kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Dalam aksi yang berlangsung pada musim 2008/09 itu, Man United berhadapan dengan Spurs yang menunjukkan perubahan drastik di bawah Harry Redknapp.

Aaron Lennon memberikan Patrice Evra hari sukar dengan beberapa sekali menyekolahkan Evra ketika itu.

Aaron Lennon dan Luka Modric kedua-duanya telah memberikan masalah kepada United dengan playmaking mereka. Lennon yang dalam prestasi terbaik, sangat laju.

Bekas pemain Spurs, Dimitar Berbatov dilihat hanya menjadi penonton pada babak pertama, permainan Ronaldo pula kucar kacir dan hilang dari radar.

Rooney bermain baik namun tidak ada apa yang boleh dilakukan kalau yang lain hambar.

Jadi, tidak mengejutkan apabila Spurs mendahului dalam perlawanan ini. Corluka melakukan hantaran yang dimenangi Darrent Bent. Bola jatuh depan gawang dan terus dirembat masuk.

Lennon kemudian membuatkan Evra hilang arah dan melakukan cross. Luka Modric langsung tak dikawal telah mengawal bola dan merembat masuk. 2-0!

Aksi Nani pula sangat teruk, membuatkannya digantikan dengan Carlos Tevez pada separuh masa kedua. Memang musim itu Tevez banyak menjadi pemain di bench.

Separuh masa kedua

Alex Ferguson menerima betapa teruk team selection beliau pada separuh masa pertama dan menukar posisi beberapa pemain.

Rooney beralih ke kiri, Ronaldo ke kanan, dan Berbatov ke tengah. Tevez pula diberikan free role dan pergi ke mana-mana. Ya, ikut suka bapak dia nak ke mana.

Hasilnya United bangkit dengan lima gol pada separuh masa kedua dalam 34 minit pertama. Jarak di antara gol pertama dan kelima adalah 23 minit.

Ronaldo menjaringkan penalti untuk gol pertama.

Berbatov dan Tevez bergandingan untuk mencipta peluang kepada Rooney bagi gol kedua. Tevez benar benar menggila separuh masa kedua. Memberitahu Sir Alex bahawa dia perlu turun sebagai pemain kesebelasan utama lebih kerap.

Tidak lama selepas itu, Ronaldo memastikan United di hadapan selepas menanduk terbang dan masuk bola hantaran Rooney.

Ronaldo kemudian membalas assist Rooney, dengan dia melakukan assist. Rooney menjaringkan gol keempat yang agak dramatik. Gagal dikeluarkan dari atas garisan.

Gol kelima adalah kegugupan penjaga gol. Berbatov menanduk bola dan termuntah lalu dia menyusul dengan sentuhan ke arah gol. Tiada keraian daripada mantan Spurs itu.

Nah saksikan di sini:

Kalau korang nak tengok versi Youtube, open link ni pakai browser, kalau korang dari Facebook:

Baca yang lain