[VIDEO] Detik ‘Savage’ Ramsdale Meraikan Gol Dengan Berteriak Depan Muka Neves

Arsenal mencatatkan salah satu kemenangan paling dramatik pada musim ini dalam Liga Perdana Inggeris.

Memasuki 10 minit terakhir pertembungan penting mereka menentang pesaing untuk empat teratas, Wolverhampton Wanderers, pasukan Mikel Arteta ketinggalan 1-0 hasil jaringan awal Hee-Chan Hwang.

Penyerang Korea Selatan itu memanfaatkan hantaran ke belakang yang lemah daripada Gabriel Magalhaes, menggelecek Aaron Ramsdale dan menembak bola ke belakang jaring dari sudut yang sukar.

Untuk seketika ia kelihatan seolah-olah itulah gol kemenangan pada malam itu, tetapi Arsenal akhirnya berjaya mencari gol penyamaan pada minit ke-82 menerusi pemain gantian separuh masa kedua, Nicolas Pepe.

Pemain antarabangsa Ivory Coast itu menyempurnakan bola hasil umpanan daripada Eddie Nketiah, selepas dia berpusing seperti Dennis Bergkamp dan kemudian menewaskan Jose Sa di gawang Wolves.

Gol itu benar benar membakar semangat para pemain dengan penyokong di Emirates menjadi gila. Mereka mulai memberikan semangat luar biasa kepada para pemain.

Dan pada lewat masa kecederaan, Alexandre Lacazette merembat dari jarak dekat, bola ditepis Sa terus masuk ke gawang. Dan itulah gol kemenangan Arsenal – YANG MUTLAK!

Arsenal meraikan kemenangan itu dengan girang dan liar sekali. Dan Aaron Ramsdale juga tidak dapat menahan kegembiraannya atas keputusan itu sebaik wisel sepenuh masa dibunyikan.

Dan ketika dia berlari ke atas padang dengan tangan yang mendepa kegembiraan, penjaga gol Arsenal itu kelihatan membalas dendam dengan meraikannya betul-betul di hadapan Ruben Neves.

Neves merupakan pemain yang mengkritik pasukan Arteta kerana keraian berlebihan selepas kemenangan 1-0 di Molineux baru-baru ini.

Neves memperlekehkan Arsenal sebagai meraikan 3 mata seolah olah menang trofi Liga Perdana Inggeris.

Neves ketika itu berkata: “Kami melihat cara mereka meraikan kemenangan dan itu itu menunjukkan di mana level kitorang sekarang. Saya tak pernah nampak Arsenal meraikan macam ini dalam 10 tahun yang lalu. Seolah olah mereka  dan menang liga.”

Kenyataan Neves itu membuatkan pemain itu mendapat layanan sangat panas di Emirates. Dia menjadi watak paling dibenci peminat Arsenal walaupun dalam beberapa jendela perpindahan terakhir, peminat Arsenal seringkali mendambakan kehadirannya ke Emirates. Namun bukan sekarang!

Ramsdale benar benar membalas dendam:

Dia menjerit sekuat kuatnya di hadapan Neves.

Pengurus Wolves sendiri menyatakan setiap kemenangan itu terutama sekali kemenangan pada minit akhir perlawanan, layak untuk diraikan dengan sekuat mana sekalipun.

Kemenangan itu membuatkan Arsenal berada di ‘driving seat’ untuk ke UCL musim hadapan. Ini kerana mereka cuma 1 mata di belakang pasukan di tangga keempat – Manchester United – dengan ada 2 perlawanan dalam tangan berbanding Red Devils.

The Gunners kini mempunyai rehat yang berpanjangan sehingga perlawanan Liga Perdana seterusnya menentang Watford yang diancam penyingkiran pada 6 Mac.

Selepas itu, mereka menentang Leicester City dan Liverpool di Emirates dalam masa empat hari sahaja. Itu pastinya akan menjadi ujian besar dan besar untuk pasukan muda Arsenal ini.