[VIDEO] Detik Sommer Tepis Penalti Mbappe Untuk Singkirkan Juara Dunia

Switzerland selayaknya mendapat apa sahaja pujian dan tabik hormat pada hari ini.

Mereka menyingkirkan juara dunia dengan cara yang tidak masuk akal. Walaupun mereka mendahului namun kemudian mereka gagal menyempurnakan penalti. Perancis pula menjaringkan dua gol seusai kegagalan penalti itu.

Bukan mudah untuk bangkit secara mentaliti selepas penalti tak masuk. Kemudian bolos pula 2 gol dalam jarak dua minit selepas kegagalan penalti itu.

Namun Switzerland yang pada satu ketika ketinggalan 3-1 berjaya bangkit dan mengikat Perancis pada minit akhir perlawanan.

Aksi Benzema dan Pogba dengan gol world class

Karim Benzema melakukan satu kawalan bola yang luar biasa dan berkelas dunia.

Perancis memerlukan inspirasi untuk menyamakan kedudukan selepas 55 minit beraksi tanpa sebarang percubaan tepat.

Perancis malah terlebih dahulu ketinggalan di belakang apabila Seferovic menanduk masuk bola hantaran Zuber pada minit ke-15.

Pada separuh masa kedua, Perancis terus sukar untuk mencipta peluang gol.

Sehinggalah,  Mbappe melakukan hantaran yang tidak tepat kepada Benzema dengan bola berada di belakangnya ketika Benzema sudah berlari ke hadapan.

Tetapi kegeniusan Benzema membuatkan bola itu di dalam kawalannya. Di mana sentuhan flick beliau telah memberikan improvisasi kepada kualiti bola tersebut.

Daripada bola yang hampir hilang, ianya menjadi bola yang berada di hadapannya, menanti untuk disudahkan.

Genius bukan?

Sebelum itu Ricardo Rodriguez mempersia siakan peluang untuk menambah gol kedua Switzerland. Ini apabila pemain tersebut gagal menyempurnakan penalti.

2 minit selepas penalti gagal itulah, Benzema melakukan kawalan bola dengan kemas dan bergaya.

Selepas gol tersebut, 2 minit kemudian Benzema menjaringkan gol kedua. Kali ini menanduk mudah bola ke gawang terbuka selepas kerja keras dan licik oleh Mbappe dan Griezmann.

VAR ternyata tidak mengesan apa apa kesalahan dalam gol itu kerana Benzema berada di belakang bola.

Pogba kemudian menjadikan kedudukan 3-1 dengan gol roket yang tepat ke bucu sebelah kiri penjaga gol.

Teknik yang sempurna dengan hasil yang sempurna daripada Pogba. Ini bukanlah pertama kali kita melihat gol taraf seperti itu daripada Pogba. Beliau memang memiliki keupayaan untuk melakukannya.

Namun Perancis terbuai dengan pendahuluan 3-1 itu. Mereka hilang bola di tengah dan akhirnya dihukum oleh Switzerland.

Kebangkitan epik Switzerland

Seferovic sekali lagi menewaskan Lloris pada minit ke-81.

Pada minit ke-90, berpunca daripada hantara Xhaka, bola disumbat masuk oleh Gavranovic yang sebelum ini hampa golnya dibatalkan.

Pada masa ekstra, Switzerland memutuskan untuk kuatkan pertahanan berbanding cuba mencari gol keempat.

Mereka awalnya cuba menyerang Perancis namun ternyata juara dunia itu memiliki kualiti dan kepantasan luar biasa.

Lalu pada 10 minit terakhir masa ekstra, Switzerland memutuskan untuk cuba mengheret Perancis ke penentuan penalti. Jelas sekali mereka sudah bersedia dengan rapi.

Pada penetuan penalti, daripada 10 pelaksana dari kedua dua pasukan, hanya Kylian Mbappe yang gagal menyempurnakan penalti beliau.

Pemain pemain Switzerland girang meraikannya.

Perancis tersingkir daripada Euro 2020. Walaupun mereka adalah pasukan pilihan utama.

 

Baca yang lain

Bernardo Silva Singkir Chelsea

Chelsea disingkirkan oleh Manchester City daripada separuh akhir Piala FA 2023/24. Jaringan tunggal oleh Bernardo Silva minit ke-84, membuatkan Chelsea gigit jari