[VIDEO] Detik Son Dan Lloris Hampir Bertumbuk Ditayangkan Dalam Dokumentari Spurs

Dokumentari baru Tottenham keluaran Amazon mendapat sambutan yang sangat baik tetapi kapten kelab mereka jelas sekali bukan salah seorang peminat siri itu.

Penjaga gol Hugo Lloris secara eksklusif mendedahkan kepada talkSPORT mengapa dia tidak menonton siri All or Nothing yang telah menjadi bualan peminat bola sepak di seluruh dunia.

Dokumentari ini menjadi hit tetapi ia bukan untuk Lloris.

Salah satu insiden yang sensasi dan dimuatkan di dalam dokuementari itu adalah ketika Lloris dengan Son bergaduh ketika rehat separuh masa.

Peminat pastinya teruja nak tahu apa yang berlaku di bilik persalinan. Dan YA! Episod dalam bilik persalinan pun ada.

Dalam temu bual dengan Andy Goldstein di Drivetime, ketika ditanya apakah dia suka melihat dirinya di televisyen, Lloris berkata: “Sama sekali tidak.”

Lloris menambah: “Saya faham bahawa ini adalah mempromosikan kami, sangat menarik untuk ditonton dan ada banyak perkara yang dapat dipelajari daripadanya.”

“Sebagai protagonis utama, saya bukan jenis lelaki yang ingin membuka pintu rumah saya kepada umum.”

“Bagi saya, ruang ganti / bilik persalinan juga sangat berharga, jadi anda akan faham mengapa saya tidak begitu berminat untuk melihat.”

“Tetapi sekali lagi, saya rasa ini adalah pengalaman yang sangat baik bagi mereka yang suka bola sepak dan mahu memahami bagaimana sebuah kelab bola sepak berfungsi – pengurusan, naik turun, ego, semangat berpasukan dan banyak perkara seperti itu.”

“Saya boleh faham tetapi saya ulangi, ada dokumentari panjang mengenai Piala Dunia dan saya belum menontonnya, mungkin kemudian nanti, selepas saya sudah bersara.”

Enam daripada sembilan episod dalam siri ini telah disiarkan dengan tiga lagi episod finale akan ditayangkan pada hari Isnin.

Son dan Lloris jadi tumpuan

Episod Lloris dan Son menjadi hangat diperkatakan adalah teaser episod yang ditunggu tunggu ini.

Perbalahan itu berlaku sebelum separuh masa ketika Spurs hampir melepaskan gol ketika menentang Everton. Pertikaian berlanjutan ke bilik persalinan.

Namun, insiden itu tidak mengganggu Spurs yang menang pada akhirnya.

Lloris selepas insiden itu tidak mahu berkongsi akan perkara itu yang menurutnya menjadi rahsia dalam bilik persalinan.

Pada waktu itu, Lloris berkata: “Itu hanya milik bilik persalinan.”

“Maksud saya, di luar anda boleh mengatakan apa sahaja yang anda mahukan, ada rasa hormat yang tinggi di antara kami para pemain di ruang ganti.”

“Apa yang berlaku antara saya dan Sonny hanyalah sesuatu yang menjadi sebahagian daripada bola sepak, tetapi tidak ada masalah sama sekali.

“Anda dapat lihat di akhir permainan, kami lebih gembira dapat menjadi sebahagian daripada pasukan ini dan mendapat tiga mata ini.”

“Saya fikir untuk melepaskan peluang beberapa saat sebelum separuh masa pertama kerana kami tidak membuat tekanan dengan betul dan itu mengganggu saya. Tetapi ini adalah sebahagian bola sepak, tidak ada masalah dan kami terus melupakannya.”

Amazon menunjukkan kemarahan Lloris.

Llorris meluru kepada Son dan pemain Korea Selatan itu memberikan reaksi marahnya. Beberapa pemain meleraikan mereka.

Masuk ke bilik persalinan, Son Heung Min dan Lloris saling bertikam lidah dan meninggikan suara masing masing.

“Ini sama kat kau, sama juga untuk Harry, sama juga untuk Lucas [tiada pengecualian untuk pemain serangan kena pergi bertahan].”

“Berlarilah, seminit lagi masa nak habis, tinggal seminit lagi kita hampir bolos.”

Kedua duanya terus bertikam lidah dan hampir bertumbuk.

“Berlari, berlari untuk pasukan!” kata Lloris lagi.

Namun Jose Mourinho pada masa yang sama gembira melihat mentaliti para pemainnya yang jauh dah berubah berbanding beberapa bulan lalu.

Semua ini berlaku menurut Mourinho kerana setiap pemain mulai demand lebih lagi daripada rakan rakan mereka dan sesama mereka.

 

Bercakap kepada wartawan selepas insiden itu dulu, Mourinho berkata: “Cantik,”katanya.

“Itulah hasil daripada pertemuan  kami sebelum ini. Sekiranya anda ingin menyalahkan seseorang kerana itu, ianya adalah saya.”

“Saya bersikap kritis terhadap para pemain saya kerana mereka tidak bersikap kritikal antara satu sama lain.”

“Saya meminta mereka untuk saling menuntut usaha di antara satu sama lain. Saya meminta mereka untuk memberi tekanan kepada rakan-rakan mereka bahawa anda harus memberikan segalanya untuk semua orang.”

“Saya fikir ia adalah sesuatu yang sangat penting bagi pasukan untuk membangun. ”

Tamat perlawanan itu, Hugo Lloris dan Son Heung Min saling berpelukan.

Bayangkalah ada orang buat dokumentari ni masa Roy Keane kat Man United. Pasti lagi best kan?

Baca yang lain