Norwich City mengucapkan selamat tinggal kepada EPL selepas dibantai 4-0 oleh West Ham semalam.
Dalam aksi tersebut, Michal Antonio menjaringkan 4 gol.
Pasukan yang dianggap oleh peminat Malaysia memiliki nama pemain yang pelik seperti Teemu Pukki, Alexander Tettey, Ondrej Duda, Melvin Sitti, Adam Idah dan pengurus dan Daniel Farke.
Full-time at Carrow Road.
The result means City will play Championship football next season.#NORWHU pic.twitter.com/rUWz2qfqi9
— Norwich City FC (@NorwichCityFC) July 11, 2020
Apa yang terjadi kepada Norwich?
Selepas kekalahan pada hari pertama di tangan Liverpool, Norwich City ternyata memberikan beberapa kejutan kepada lawan mereka. Antaranya kemenangan ke atas juara bertahan Manchester City.
Seterusnya prestasi pemain seperti Teemu Pukki juga menjadi hangat dan sensasi.
Pukki menjaringkan banyak gol pada awal musim. Namun selepas itu beliau bergelut dengan prestasi yang memberikan impak besar kepada Norwich City.
Daniel Farke mengatakan dia tidak menyesal tentang bagaimana Norwich menjalani musim ini setelah mereka diturunkan dari Liga Perdana.
Kekalahan 4-0 menentang West Ham mengesahkan kepulangan semula Norwich ke Liga Kejuaraan dengan baki tiga perlawanan lagi.
Walaupun tersingkir, Farke mengatakan bahawa masa depan kelab itu cerah.
“Situasi kami sebagai kelab cukup selesa kerana kami sama sekali tidak mempunyai tekanan kewangan,” kata pengurus dari Jerman itu.
Kekalahan ketujuh berturut-turut Norwich – setelah Michail Antonio menjaringkan keempat-empat gol West Ham – membuatkan pasukan Farke berada di dasar liga, 13 mata dari zon selamat dengan hanya tiga perlawanan untuk dimainkan.
Farke dilantik sebagai bos Norwich pada bulan Mei 2017, sejurus selepas Canaries menduduki tangga kelapan di Liga Kejuaraan.
OFFICIAL: Norwich have been relegated from the Premier League. pic.twitter.com/tqtxCURr97
— Squawka News (@SquawkaNews) July 11, 2020
Mereka menduduki tempat ke-14 dalam kempen pertamanya sebelum memenangi Liga Kejuaraan pada 2018/19.
Farke kecewa kerana pasukannya gagal untuk mengelak daripada penyingkiran.
“Ketika saya datang ke sini, kami perlu membangunkan para pemain muda dan menjual mereka untuk memastikan kelab terus berjalan. Kami dapat melakukannya dan kami menjual James Maddison.”
"We need to work on our next miracle."
A hard day for Daniel Farke and Norwich. pic.twitter.com/R8C8QcXwfs
— BBC Sport (@BBCSport) July 11, 2020
“Kemudian musim kedua tidak ada yang diharapkan, kecuali kami dapat melakukan keajaiban.”
“Kami memenangi gelaran Liga Kejuaraan dengan jenama bola sepak kami. Kami tidak dapat menambahkan keajaiban ketiga berturut-turut – melawan semua kemungkinan.”
Sikap kedekut
Namun harus diakui, sikap kedekut pemilik mereka yang tidak mahu melabur pada pra musim telah membawa padah.
Orang kata, kita kena sedia dengan kelengkapan terbaik pada permulaan berperang.
Norwich kemudian panik dan mendapatkan pemain yang tidak cukup cergas pada Januari.
5 kali tersingkir
Norwich kini menjadi pasukan pertama dalam sejarah Liga Perdana Inggeris, tersingkir sebanyak lima kali.
Mereka tersingkir pada musim 1994/95, 2004/05, 2013/14, 2015/16 dan 2019/20.
Norwich are the first team in Premier League history to be relegated five times from the competition.
The Canaries' fate is confirmed. pic.twitter.com/pxb9wRtOiV
— Squawka Football (@Squawka) July 11, 2020
Saksikan detik di mana para pemain Norwich meratapi penyingkiran mereka di sini:
The end of the road for Norwich.
The Canaries are officially relegated to the Championship after today's 4-0 defeat to West Ham… pic.twitter.com/Nef2adDG3j
— Football on BT Sport (@btsportfootball) July 11, 2020
Selamat tinggal buat Norwich City, dan semoga bangkit semula ke Liga Perdana Inggeris.
Selamat maju jaya di Liga Kejuaraan musim akan datang.