Dwayne ‘The Rock’ Johnson membuat kejutan apabila dia kembali semula ke panggung WWE pada Friday Night SmackDown minggu lalu dan peminat tertanya-tanya sama ada dia betul-betul kembali sepenuh masa?
The Great One melangkah keluar di hadapan peminat yang fanatik di Denver, Colorado – yang turut dijamu dengan penampilan oleh John Cena – yang awalnya dilihat mungkin akan menganjing / trash talking.
Namun Cena ternyata hadir untuk mengalu alukan kedatangan The Rock.
"Welcome home"
This moment between The Rock and John Cena 🥹🙌
(via @WWE) pic.twitter.com/Y4mSIA14T6
— Bleacher Report (@BleacherReport) September 16, 2023
Ahli gusti lagenda yang bertukar menjadi bintang Hollywood itu mencelah perbalahan antara Theory dan Pat McAfee,
Pada akhirnya, keadaan pasti menjadi fizikal apabila Great One menggabungkan kombinasi Spinebuster dan People’s Elbow. Peminat di dalam dewan pertarungan bersorak kegirangan.
IT DOESN'T MATTER WHAT THE ROCK SAYS
-Austin Theory to The Rock#SmackDown pic.twitter.com/JeueIn9bu7
— Leggoona (@leggoona) September 16, 2023
.@TheRock and @PatMcAfeeShow deliver back-to-back People’s Elbows to the outspoken @_Theory1. #SmackDown pic.twitter.com/ItIRVzWbBU
— WWE (@WWE) September 17, 2023
Ia adalah detik yang hebat untuk peminat pada episod pertama televisyen WWE sejak penggabungan dengan UFC di bawah panji TKO.
Kini, persoalannya sama The Rock sebenarnya telah kembali atau tidak?
Sebelum muncul di SmackDown, Dwayne adalah tetamu di program The Pat McAfee Show dan telah menguatkan lagi spekulasi tentang kemungkinan dia akan terlibat dalam pertarungan impian menentang sepupunya Roman Reigns.
Malah, dia mengakui pertarungan epik dengan Juara Universal WWE – Roman Reign – sebelum ini sudah pun ‘dikunci’ untuk WrestleMania 39 awal tahun ini, tetapi rancangan itu gagal diteruskan.
Semuanya bermula apabila dia menyertai Vince McMahon dan Nick Khan untuk mesyuarat pada awal tahun 2022, yang menyaksikan mereka membincangkan ‘potensi pertarungan epik ini’ yang akan menjadi sensasi Hollywood.
Walau bagaimanapun, masih terdapat peluang yang sangat besar acara itu akan berlaku apabila acara tahunan menuju ke Philadelphia pada April 2024, dengan The Rock mengesahkan dia ‘terbuka’ mempertimbangkan idea itu.
Selepas acara yang hebat minggu lalu, The Rock mengakui dia benar benar teruja. Dan mengesahkan ianya memang acara kejutan.
I was – I’m still – completely blown away by this crowd reaction in Denver this past Friday night on SMACKDOWN.
My appearance was a 💯 surprise to everyone and this crowd of 14,000 erupted with the roar of 100,000 strong.
Top 5 loudest crowd reaction of my career 🤯🥹🙏🏾… pic.twitter.com/IYXcD0yCzN
— Dwayne Johnson (@TheRock) September 17, 2023