[VIDEO] Detik Trent Alexander Arnold Dimaklumkan Dia Timbalan Kapten Baharu

Trent Alexander Arnold sudah tentunya menjadi salah seorang pemain bola sepak paling berjaya dalam sejarah kelab Liverpool FC.

Namun siapa sangka harinya tiba jua di mana dia dilantik menjadi timbalan kapten untuk kelab yang dia sokong dan sertai sejak kecil.

Trent Alexander Arnold dimaklumkan sendiri oleh Klopp tentang perkara itu ketika di jelajah Singapura.

Ketika itu Arnold sedang memanaskan badan di atas padang.

Dengan Jordan Henderson berpindah ke Al Ettifaq, Liverpool melantik Virgil Van Dijk sebagai kapten baharu kelab itu.

Dan inilah momen di mana Klopp memaklumkan kepada Arnold tentang perlantikan dia sebagai kapten kedua kelab.

Sudah tentunya ianya detik indah buat Arnold. Dia merupakan graduan akademi Liverpool dan berdarah Scouser.

Trent Alexander Arnold kali ini dilihat banyak bermain di tengah. Musim lalu dia diberikan peranan khas, di mana dia akan menjadi bek kanan ketika bertahan dan bergerak menjadi pemain tengah ketika menyerang.

Ternyata ianya memberikan impak kepada prestasi Liverpool yang teruk musim lalu. Arnold berjaya membantu mengurangkan impak kehilangan kualiti di tengah. Dengan krisis kecederaan yang dihadapi oleh pemain seperti Arthur, Naby Keita dan juga Thiago Alcantara.

Adakah dia akan menjadi pemain tengah tulen pada aksi musim ini? Kerana Liverpool masih berusaha mencari pemain tengah baharu mengisi kekosongan ditinggalkan Jordan Henderson dan Fabinho.