[VIDEO] Detik Tsimikas Menjadi Wira Kejuaraan Liverpool: “Saya Pilih No.7”

Beberapa bulan lalu ketika Tsimikas meraikan Piala Liga dengan penuh semangat, dia menjadi mangsa troll di media sosial oleh peminat lawan .

Ada yang memperlekehkan Tsimikas sebagai tak sedar diri. Dia tak bermain langsung dalam aksi Piala Carabao, namun dia pula melebih lebih.

Sebenarnya tiada masalah pun dia meraikannya. Kerana pemain simpanan juga pemain penting dalam membentuk squad depth pasukan.

Bagi penyokong Liverpool mereka sangat sukakan Tsimikas kerana personalitinya yang ceria dan kelakar.

Dia meraikan kejayaan atas kapasiti pemain pasukan. Dan tak lupa, dia menari dengan gaya yang sangat kelakar.

Korang lihatlah sendiri gelagat dia di sini. Rasa nak lempang pun ada kan.

Beberapa bulan kemudian, Tsimikas menjadi wira yang tak disangka sangka. Dia menjadi penjaring gol kejuaraan Piala FA dalam penentuan penalti.

Bintang dari Greece itu menjadi pengambil sepakan ketujuh. Dalam pusingan sudden death, dia perlu membuang segala tekanan di hadapan seksyen penyokong Chelsea dan sedia untuk menjadi wira pasukannya.

Dalam penentuan penalti di Wembley, Sadio Mane berpeluang memberikan kejuaraan lebih awal buat Liverpool. Kerana Chelsea terlebih dahulu gagal dalam sepakan penalti dalam pusingan 5 penalti pertama.

Namun penalti kelima Liverpool diambil Sadio Mane diselamatkan rakan senegaranya Edouard Mendy.

Pada pusingan sudden death, Mason Mount gagal menyempurnakan penalti ketujuh Chelsea.

Tsimikas tampil dengan tenang dan dia menewaskan Edouard Mendy.

Tsimikas berlari seperti kanak kanak mendapat coki coki.

Saksikan detik penuh emosional itu di sini:

Maka berakhirlah banter untuk Tsimikas:

Selepas tamat aksi panjang menentang Chelsea, Tsimikas kemudian mendedahkan apa yang berlaku sebelum dia menjadi wira penalti tersebut.

Tsimikas berkata: “Kita harus meraikan kejayaan ini. Namun kita juga masih ada banyak lagi kerja untuk dilakukan.”

“Ini sangat istimewa buat saya. Pengurus tanya saya, nombor mana saya nak ambil untuk penentuan penalti. Saya pilih nombor 7.”

“Nombor 7 inilah memberikan saya peluang untuk memenangkan perlawanan ini.”

Tsimikas terus menjadi Greece Scouser yang sangat dekat di hati para peminat Liverpool. Karakternya sangat disenangi. Pada masa yang sama dia juga pemain yang sangat berkualiti untuk menjadi pemain sandaran kepada Andy Robertson.

Maka tak hairanlah dia diberikan gelaran Greece Scouser.

Tetapi selepas tamat aksi Piala FA semalam, dia menyatakan: “Saya bukan Scouser dari Greece, tetapi saya memang seorang Scouser yang berbangsa Greece.”

Bukan itu sahaja, ada juga yang meminta kem Liverpool memberitahu Tsimikas agar melakukan tarian peliknya seperti ketika dia meraikan piala carabao.

Kejayaan itu menyaksikan Jurgen Klopp menjadi pengurus Liverpool yang pertama memenangi kesemua Piala domestik dan juga Piala Eropah dan Piala dunia kelab.

Kejayaan memenangi Piala FA tahun ini membolehkan jurgen Klopp melengkapkan koleksi semua piala bersama Liverpool.

Sebelum perlawanan beliau menyatakan bahawa dia boleh sahaja memilih Bayern Munich jika benar benar mengejar piala yang banyak. Namun setianya bersama Liverpool sukar untuk dijelaskan.

Klopp berkata: “Saya ada beberapa kali mendapat peluang untuk mengendalikan Bayern Munich dan boleh memenangi lebih banyak piala di sana.”

“Namun saya ada kontrak di sini dan saya terus kekal. Saya tidak akan pernah pergi [selagi masih ada kontrak].”

“Dunia ini bukan dipenuhi oleh pemenang sebaliknya dipenuhi dengan mereka yang mencuba. Lalu Saya memilih untuk mencuba untuk menang.”

Chelsea kini mencatatkan rekod tak diingini dalam Piala FA. Kalah 3 perlawanan final Piala FA berturut turut.

Baca yang lain