[VIDEO] Di Argentina, Perlawanan Ditangguhkan Sebab Ultras Baling Grenade Ke Atas Padang

Argentina dan keganasan penyokong memang sukar untuk dipisahkan. Terbaru dalam aksi Rosario Central menentang Newell’s Old Boys — perlawanan terpaksa ditangguhkan selepas beberapa bom dibaling ke atas padang dan meletup.

Insiden itu dirakamkan kamera secara langsung yang sudah bersedia untuk menayangkan perlawanan itu secara langsung.

Derbi Rosario merupakan salah satu derbi paling panas di Argentina dan di dunia. Di mana penyokong kedua dua pasukan sangat fanatik menyokong pasukan mereka.

Namun ada beberapa insiden kadangkala melampaui batas, misalnya dalam aksi Ahad lalu.

Grenade yang dibaling ke atas padnag meletup, dan perkara itu disahkan sendiri oleh Newell. Oleh sebab itu perlawanan tidak dapat dimulakan mengikut masa dijadualkan.

Penyelia padang perlu menampal permukaan padang yang berlubang kerana bom tersebut.

Dalam kenyataan rasmi Newell’s Old Boys, berkata: “Sepak mula telah ditangguhkan kerana pengadil bertindak atas nasihat ketua pegawai keselamatan.”

“Ada beberapa bom dibaling ke dalam padang dan membuatkan permukaan padang rosak dan berlubang.”

“Syukurlah kerana kekacauan tersebut dapat dihentikan untuk membolehkan sepak mula perlawanan berlangsung seperti biasa.”

Para penyokong dari seluruh dunia memberikan komen tentang insiden itu. Dan mereka menanggap bola sepak Argentina adalah ‘another level’ di mana perlawanan masih dijalankan walaupun ada bom dibaling ke atas padang.

Seorang lagi netizen berkata, di England para petugas stadium mengutip botol untuk dijadikan bahan bukti pemain diserang. Namun di Argentina, petugas stadium dengan selamber mengutip serpihan grenade bagi membolehkan perlawanan disambung.

Ada juga berkata: “Argentina baling bom atas padang, sementara di England ada mamat ni dia ikat diri dia dengan pengikat kabel pada tiang gol.”

Dalam perlawanan tersebut Newell’s Old Boys menang 1-0 hasil jaringan tunggal Juan Manuel García.

Sebelum ini, semasa sesi latihan menjelang perlawanan ini, seramai 30 ribu penyokong Newells mengadakan parti pyro di Estadio Marcelo Bielsa. Ya nama stadium itu diberikan sempena nama bekas pengurus Leeds United Marcelo Bielsa.

Adakah Bielsa pernah merasai pengalaman dengan bom tangan? Ya!

Ada satu peristiewa pada 1992, ketika menjadi pengurus Newell’s Old Boys, pasukan Bielsa dibelasah 6-0 dan ultras mereka menunggu Bielsa di luar rumahnya.

Seorang penyokong yang bengang kemudian cuba menyerang Bielsa yang keluar di hadapan pintu rumahnya dengan baju tidur. Bielsa kemudian  mengambil bom dan mengugut akan menarik picu grenade itu jika ultras tersebut tidak bersurai dari depan rumahnya.

Jadi, bom ini bukan benda baru untuk bola sepak Argentina.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan