[VIDEO] Di India Kerajaan Scam Rakyat Bina Jalan Raya Dengan Karpet Boleh Lipat

Rakyat di sebuah perkampungan di India benar benar marah dan pada masa yang sama rasa kelakar dengan tindakan kerajaan tempatan  di situ.

Di mana mereka telah di-scam dalam pembinaan jalanraya. Ingatkan ianya jalanraya berturap dengan tar tetapi rupa rupanya hanyalah karpet keras menyerupai warna tar.

Penduduk di Karjat Hastpokari di Maharashtra telah berkongsi satu video yang tular di media sosial menunjukkan bagaimana jalan raya itu sebenarnya seperti portable, yang boleh digulung.
Projek jalanraya itu merupakan salah satu projek di bawah kementerian kerja raya yang diumumkan oleh Perdana Menteri sebagai projek yang disebut sebagai Projek Jalanraya Pedalaman.
Kontraktor yang dilantik iaitu Rana Thakur dilaporkan telah menipu duit kerajaan dengan menggantikan tar dengan karpet.

Saksikan di sini:

Video itu mendapat respon ramai dan ada yang bertanya: “Ini jalanraya ke? Atau ini karpet?”

Seorang lagi menganjing menyatakan: “India baru sahaja mencipta jalan raya mudah alih / portable. Kerajaan bakal menjual perkhidmatan servis jalan raya plug and play ini apabila Perdana Menteri atau Ketua Menteri tidak mahu melalui jalanraya yang teruk. Salah satu sumber pendapatan ni.”

Seorang lagi berkata dengan nada sinis: “Orang kampung ni tak faham kot bahawa inilah sebahagian daripada kebangkitan ketamadunan agung di mana jalan raya boleh dibentang dan digulung balik pada bila bila masa ikut keperluan.”

Ada juga yang teringat dengan masa kecil kecil di rumah emak mereka. Di mana emak mereka akan mengangkat tikar getah di rumah mereka untuk membersihkan di bawahnya.

Netizen seterusnya berkata: “Ini sangat bagus, ianya 2 dalam satu. Boleh digunakan sebagai jalan raya. Apabila cuaca sejuk boleh digunakan sebagai selimut untuk rakyat yang memerlukan.”

Kini ramai mendesak agar kerajaan menyiasat perkara ini. Korupsi di India membuatkan rakyat di negara itu berdepan dengan banyak kesulitan untuk akses kepada perkhidmatan berkualiti dalam segala sektor.

Di media sosial mereka mempersoalkan tahap keselamatan jalan raya ini terutama sekali dengan perangai pemandu kenderaan berat di negara itu yang dianggap sangat teruk.