[VIDEO] Di Indonesia, Pemain Serang Wasit & Linesman Yang Sahkan Gol Ofsaid 2 Meter Ini

Peminat bola sepak Indonesia meminta penjaga garisan dan wasit (pengadil) aksi antara Karo United dan Persida Sidoarja agar mencari pekerjaan lain.

Ini selepas mereka melakukan pengadilan yang sangat teruk, membenarkan gol yang terang terang ofsaid.

Bukan sedikit tetapi kira kira 2 meter pemain tersebut berada pada kedudukan ofsaid.

Insiden tidak masuk akal itu berlaku dalam aksi Liga 3 Indonesia dalam pusingan 32 akhir di atnara Karo United menentang Persida Sidoarjo. Perlawanan tersebut berlangsung di Stadium Si Jalak Harupat, Bandung pada Khamis.

Detik kontroversi pengadil itu berlaku pada minit ke-17, ketika Karo United menyerang ke kubu Persida Sidoarja.

Dan jelas sekali Noval Alfariz berada dalam kedudukan ofsaid apabila menerima hantaran silang daripada rakannya. Bagi penjaga garisan ianya tugas mudah untuk mengesan ofsaid sejauh itu. Namun tidak pada hari itu.

Pengadil turut menerima gol tersebut sebagai sah kerana penjaga garisan menyatakan ianya onside dan tidak mengangkat benderanya langsung.

Para pemain dan pegawai Persida berlari ke arah penjaga garisan membantah keputusan tersebut. Ada pemain yang kelihatan bertindak agresif ke atas penjaga garisan.

Namun akhirnya mereka terpaksa mengalah dan perlawanan diteruskan.

Lebih malang apabila itulah gol tunggal dan gol kemenangan untuk lawan, dan Persida tewas dalam perlawanan tersebut.

Sebaik sahaja tamat perlawanan, para pemain Persida mengejar pengadil dan penjaga garisan. Mereka benar benar bengang. Ada pemain yang tersungkur kerana mengejar pengadil. Kerana wasit memiliki daya pecutan yang bagus.

Selepas pengadil berjaya menyelamatkan diri, mereka kemudian menyerang penjaga garisan secara berkumpulan.

Namun tidak ada kejadian tidak diingini berlaku kerana pegawai keselamatan stadium pantas bertindak dan menenangkan keadaan.

Saksikan ofsaid yang tidak dikesan pengadil itu di sini:

Saksikan rangkuman perlawanan di sini berserta dengan insiden kejar mengejar dengan pengadil dan penjaga garisan tanda tak puas hati.

https://youtu.be/diy0-D3qhuQ

Ini bukanlah pertama kali pengadil diserang di Indonesia dalam beberapa musim ini.

[VIDEO] Di Indonesia, Penjaga Gol Sendiri Yang Buat Hal, Penjaga Garisan Pula Diterajang

Musim lalu, Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia [PSSI] nampaknya berdepan dengan satu lagi kes keganasan di atas padang yang melampau.

Sebelum ini sudah banyak kes barbar melibatkan pemain malah pengadil yang diserang di liga utama mereka termasuk divisyen 1 sehinggalah ke divisyen lebih rendah.

Satu lagi insiden tiada semangat kesukanan berlaku dalam aksi final Liga 3 di Yogjakarta. Perlawanan di antara Mataram Utama vs Sleman United di Stadium Tridadi, Sleman berlangsung pada Rabu.

Penjaga garisan telah diserang oleh para pegawai pasukan Sleman United. Insiden itu berlaku selepas wisel penamat ketika pengadil dan penjaga garisan mahu memasuki bilik persalinan.

Para penyokong sangat terkejut melihat penjaga garisan ditumbuk, ditendang dan diterajang.

Pegawai pegawai pasukan Sleman mengetuai protes ke atas keputusan pengadil Ikhsan Prasetua yang memberikan kad kuning kedua kepada penjaga gol Sleman United – Firdaus Marga.

Pengadil membuat keputusan selepas penjaga garisa memberitahu bahawa Firdaus dikira handball kerana ketika dia melepaskan bola dari tangannya, dia berada di luar kotak penalti.

Bermakna pemain itu dibuang padang. Dia melakukan dua kesilapan serupa berturut turut dalam aksi tersebut. Menyepak bola drop kick di luar kawasan kotak penalti.

Firdaus dibuang padang pada minit ke-79 membuatkan Sleman bermain 10 pemain.

Selepas kad merah itu, perlawanan menjadi sangat tegang dan panas. Pemain pemain Sleman menunjukkan rasa tidak puas hati mereka dengan mengasari lawan mereka. Pemain vetera Sleman iaitu M Solechudin, merempuh beberapa pemain Mataram Utama dan melibaskan tanggannya yang terkena mata pengadil Ikhsan Prasetya Jati.

Ekoran tindakan yang mengasari pengadil itu, menyebabkan pengadil Ikhsan Prasetyo Jati tidak dapat meneruskan tugasannya di atas padang dan terpaksa digantikan oleh Bagus Kurniawan.

Perlawanan disambung semula, Sleman United terpaksa bermain dengan sembilan pemain kerana Solechudin dilayangkan kad merah dan perlawanan dimenangi Mataram Utama dengan jaringan 3-1.

Sebaik sahaja perlawanan tamat, mereka melepaskan geram mereka pada penjaga garisan dan para pengadil yang bertugas.

Insiden yang memalukan itu mendapat perhatian PSSI yang memberikan amaran agar kesemua pemain dan pegawai menjaga tingkah laku mereka.

Peminat memuat naik video detik pengadil diserang dengan ganas. Akaun Supporter FC menulis: “Lepas habis tengok bola, kita sambung pula tengok UFC.”

Sindiran kepada aksi ala MMA yang dilancarkan ke atas pengadil.

Penjaga garisan kelihatan dikejar oleh pemain pemain Sleman. Dan kemudian pegawai mereka meluru dari arah yang lain dan salah seorang pegawai Sleman melancarkan sepakan ke atas penjaga garisan yang terjatuh.

Mujur penjaga garisa itu sempat bangun dan terus menyelamatkan diri daripada terkena serangan yang lebih teruk.

Saksikan insiden ganas itu di sini:

Adakah pengadil membuat keputusan yang tepat?

Sebenarnya, rakaman menunjukkan Sleman harus memarahi penjaga gol mereka sendiri yang melakukan kesilapan budak budak.

Ini kedudukan Firdaus ketika melakukan drop kick tersebut. Bukan sekali tetapi dua kali dia melakukan kesilapan yang sama.

Memang sendiri cari pasal.

Peraturan dengan jelas menyatakan penjaga gol dilarang melakukan drop kick di luar kotak penalti kerana ianya dikira handball.