[VIDEO] Di Kampung Di India, Penyokong Brazil Dan Argentina Bertumbuk

Bola sepak merupakan sukan no.1 di dunia. Ramai peminat bola sepak tak mengira bangsa, agama dan usia.

Piala Dunia merupakan pertandingan yang paling penting dalam sukan bola sepak. Seluruh dunia meraikannya walaupun pasukan negara mereka tidak bertanding sekalipun.

Misalnya di Malaysia, kita sanggup berjaga demi menyaksikan aksi Piala Dunia untuk meraikan temasya 4 tahun sekali ini.

Di tengah-tengah kegilaan peminat yang mengelilingi Piala Dunia FIFA empat tahun sekali, satu pergaduhan dan kekacauan meletus di Kollam Kerala selepas peminat Argentina dan Brazil bergaduh.

Video kejadian itu – yang dilaporkan oleh Hindustan Times – telah tular di platform media sosial. Video itu menunjukkan sekumpulan lelaki – ada yang memakai jersi bola sepak – bergaduh dengan kayu dan tiang bendera yang membawa bendera dua negara Amerika Selatan itu.

Ketika pergaduhan semakin sengit, lebih ramai peminat – juga memakai jersi bola sepak . Dan, selepas pergaduhan berlangsung selama beberapa minit, dengan penduduk di situ boleh dilihat cuba mengawal keadaan.

Dapat dilihat juga ada kereta yang seperti perarakan penyokong. Elok je mereka kat kereta tu bercampur tanpa bergaduh. Tetapi yang kat bawah tu all out sangat.

Mereka caci mencaci dan memaki hamun.

Diharap tiadalah kejadian pelik pelik macam ni berlaku di negara kita. Bukannya kita lahir di Brazil atau Argentina pun kan?

Brazil dan Argentina sudah pun memulakan kempen mereka. Dengan menerima nasih berbeza.

Argentina dikejutkan Arab Saudi, yang dianggap antara kejutan paling besar dalam sejarah Piala Dunia.

Di mana pasukan Arab Saudi ketinggalan pada separuh masa pertama dan bangkit menjaringkan 2 gol pada separuh masa kedua.

Kemenangan itu benar benar disambut bagai nak gila peminat Aran Saudi.

Di negara mereka, Raja Salman menitahkan bahawa sehari cuti umum tanda penghargaan kepada usaha para pemain dan jurulatih yang mengharumkan nama negara mereka dalam temasya Piala Dunia 2022 kali ini.

Ini bukan kemenangan biasa biasa. Menang lawan Argentina yang dibarisi ramai bintang termasuk pemenang Ballon d’Or 7 kali, Lionel Messi.

Mujur pergaduhan penyokong tu dilaporkan sebelum aksi Argentina menentang Arab Saudi.

Kalau tak, lagi koyak la diorang bergaduh tak situ.

Sementara Brazil berjaya memenangi perlawanan dengan Serbia.

Berbalik kepada pergaduhan penyokong itu, kes tersebut kemudian disiasat di bawah Kanun Keseksaan India – kesalahan mengganggu ketenteraman di tempat awam.

Sebelum ini terdapat juga laporan dari India menyatakan bahawa di kampung – juga di Kerala – telah menaikkan banner gergasi yang menunjukkan Messi, Ronaldo dan juga Neymar.

Segalanya dilaporkan bermula dengan peminat Neymar yang mencetak besar besar gambar pemain itu di tepi sungai.

Kemudian peminat Messi dan Ronaldo tak nak kalah, masing masing menghasilkan gambar gergasi dua pemain itu dipacak bersebelahan.

Mereka menyatakan bahawa mereka mahu meraikan detik untuk sukan indah atau beautiful game ini.

Kalau macam ni ok la sikit. Tak ada gaduh gaduh dan bertumbuk.

Tetapi bukan semua orang yang suka tengok. Menurut laporan The National News ada juga penduduk yang menganggap gambar gergasi 3 pemain itu mencemarkan sungai dan menganggu aliran arus air yang mengalir, jadi tidak lancar.

Mereka mendesak ianya diturunkan. Walaupun ramai yang berpendapat, tidak ada masalah pun dengan aliran sungai kerana gambar 3 pemain itu berada di situ. Mungkin tidak selesa dengan pengaruh bola sepak yang semakin meningkat?

Di India, walaupun kriket masih menjadi sukan no.1, namun perkembangan bola sepak di negara itu semakin meningkat. Kini semakin ramai peminat bola sepak di India.

Ramai juga memuji usaha penduduk kampung yang bekerjasama menghasilkan gambar gergasi itu.

Malah, banyak tempat menyediakan skrin gergasi untuk tayangan Piala Dunia. Boleh dikatakan, kali ini mereka menyambut Piala Dunia bola sepak ini sama seperti acara kriket.