[VIDEO] Di Thailand Pengetua Keluarkan Pistol Pada Hari Perhimpunan Cetus Panik

Pengetua sebuah sekolah di Selatan Thailand telah membuatkan sesi perhimpunan sekolah menjadi panik.

Ini selepas pengetua bernama Sayan Chaleephol mengeluarkan pistol dari blazernya.

Sayan mendapat tekanan ramai pihak dan malu kerana dikenakan pertuduhan melakukan hubungan sesksual dengan pelajar dia sendiri.

Laporan jenayah sudah pun dibuat ke atasnya. Itu yang membuatkan dia bertindak mengeluarkan pistol dari blazernya.

Mulanya Sayan berucap seperti biasa dan menceritakan tentang budget pihak sekolah dan menukar topik dengan meminta maaf daripada para pelajar dan di hadapan lembaga sekolah di atas segala kesulitan yang berlaku.

Perbuatan Sayan yang tiba tiba mengambil pistol itu membuatkan ratusan pelajar bertempiaran melarikan diri.

Sayan berkata: “Saya dah cakap kat mereka semalam bahawa saya nak masalah ini didengari dan meminta tindakan lebih pro aktif dari mereka.” Tak pasti Sayan merujuk kepada apa.

Mungkin merujuk kepada budget sekolah? Namun apa yang pasti selepas itu dia meminta maaf dan meletakkan mikrofonya sambil mencapai pistol yang diletakkan pada blazernya.

Para pelajar menjerit dengan berkata: “Jangan jangan jangan!”

Seorang pelajar yang menjadi saksi kejadian berkata, selepas mencapai pistolnya, Sayan berpaling ke arah himpunan pelajar di dataran sambil menunjukkan pistolnya.

Namun tidak ada kecelakaan berlaku keetika itu. Walaubagaimanapun, keadaan sangat panik. Dan polis menangkap Sayan.

Beberapa ibu bapa yang mendapat tahu kejadian itu terus mengambil anak mereka. Namun mereka percaya Sayan sebenarnya bukan nak mencederakan pelajarnya.

Malah ada yang mengesyaki Sayan mungkin cuba menyakitkan diri sendiri di hadapan para pelajar dengan menembak dirinya. Cuma dia masih dapat mengawal pertimbangannya. Itu antara jangkaan daripada beberapa ibu bapa.

Sayan sebelum ini dilaporkan kepada pihak berkuasa kerana menjalinkan hubungan sulit dengan anak muridnya yang masih di bawah umur. Dan pelajar itu akan dibawa ke hospital untuk pengesahan secara medikal.

Jabatan Pendidikan Thailand pastinya memandang tegas perkara tersebut.

Sumber: