Portugal layak ke perlawanan akhir untuk play off ataupun penentuan kelayakan Piala Dunia minggu depan selepas menewaskan Turki 3-1 di Porto pada Khamis, dengan Burak Yilmaz terlepas sepakan penalti lewat yang penting untuk pelawat.
Jika bola itu masuk mungkin kisah berbeza akan berlaku kerana ianya akan menyamakan kedudukan buat pelawat yang tiba tiba menunjukkan aksi yang memukau pada babak akhir perlawanan untuk menekan Portugal.
Pasukan tuan rumah mendahului dengan kedudukan 2-0 di Estadio do Dragao hasil jaringan separuh masa pertama oleh pemain tengah kelahiran Brazil, Otavio dan penyerang Liverpool, Diogo Jota.
Tetapi kapten veteran Turki, Yilmaz menyumbat gol pada minit ke-65, menghasilkan penyudah yang cantik untuk merapatkan jurang gol.
Turki kemudian diberikan penalti lewat perlawanan apabila berlaku kekasaran terhadap Enes Unal dikesan oleh pengadil Jerman berikutan semakan VAR.
Malangnya Yilmaz melakukan sepakan penalti melepasi palang. Pada masa kecederaan, Matheus Nunes memastikan kemenangan Portugal untuk menjadikan kedudukan 3-1.
Turki terus kemarau aksi pentas akhir Piala Dunia
Yilmaz yang berusia 36 tahun kini mungkin tidak akan mendapat peluang untuk bermain di Piala Dunia selepas penantian Turki untuk kembali ke pusingan akhir Piala Dunia berterusan.
Mereka tidak muncul di Piala Dunia sejak menduduki tempat ketiga di Jepun dan Korea Selatan pada 2002.
Portugal tidak terlepas kejohanan itu sejak 1998 dan mereka kini menjangkakan untuk mendapatkan tempat di Qatar apabila mereka menjadi tuan rumah Macedonia Utara dalam penentuan play-off Selasa depan.
Pada usia 37 tahun, impian Cristiano Ronaldo untuk menjulang Piala Dunia masih hidup.
Dalam aksi semalam Fernando Santos menyisihkan Joao Felix di bangku simpanan dan memberikan permulaan mengejut kepada Otavio, pemain sayap Porto kelahiran Brazil.
Juara Eropah 2016 itu bermula dengan gagah dan mendahului pada separuh masa pertama, pada minit ke-15, apabila rembatan Bernardo Silva terkena tiang dan Otavio, yang hanya memenangi cap ketiganya, menjaringkan gol hasil susulan yang kemas.
Gol kedua tiba tiga minit sebelum rehat pada penghujung gerakan yang fluid, ketika Otavio memotong masuk untuk melakukan hantaran lintang dari tepi kotak untuk Jota menanduk masuk di tiang belakang.
Pada separuh masa kedua, pasukan urki mendapatkan satu gol pada minit ke-65 apabila Cengiz Under melakukan hantaran untuk disudahkan penyerang Lille, Yilmaz.
Penyokong Portugal mulai merasa cemas dan gemuruh selepas gol itu. Kerana Turki semakin berkembang di dalam game ini.
Pasukan tuan rumah, kehilangan gandingan bek tengah pilihan pertama mereka iaitu Pepe dan Ruben Dias masing-masing akibat sakit dan kecederaan, mula kelihatan goyah dan Turki mengambil kesempatan melakukan serangan demi serangan.
Penalti buruk Yilmaz
Berlaku kontak oleh Jose Fonte ke atas Unal di dalam kotak penalti yang pada mulanya diabaikan oleh pengadil Daniel Siebert. Tetapi dia dinasihatkan oleh VAR untuk menyemak semula insiden itu.
Sepakan penalti diberikan selepas menyemak skrin VAR.
Yilmaz boleh memaksa aksi itu ke masa tambahan 30 minit, tetapi sepakannya pada minit ke-85 tinggi melepasi palang dan melayang, lantas melegakan penyokong tuan rumah.
Pemain gantian Nunes, yang juga dilahirkan di Brazil, menjadikan kedudukan 3-1 pada minit keempat masa kecederaan, di mana penjaring gol antarabangsa terbanyak sepanjang masa Ronaldo turut terkena palang ketika Portugal mara.
Di Turki seorang peminat fanatik Turki tidak dapat menerima penalti buruk daripada Yilmaz itu dengan meletupkan skrin pc-nya dengan pelancar roket.
Dia menyumpah seranah ke atas Yilmaz.
Korang saksikan sendiri di sini detik sungguh menggemparkan itu: