[VIDEO] Dia Buat Lagi! Rodri Dan Thiago Warm Up Dengan Bertukar Hantaran Voli Jarak Jauh

Sebelum ini Thiago dan Rodri pernah melakukan pemanasan badan dengan menghantar bola dengan voli tanpa mencecah tanah antara mereka.

Ketepatan dan kualiti kawalan bola kedua dua pemain itu memang luar biasa dan itulah bezanya pemain profesional dengan yang sebaliknya.

Sebelum aksi berdepan Portugal dalam aksi pemanas badan menjelang Euro kedua dua pemain itu sekali lagi mempamerkan skil yang sama.

Kedua dua pemain tanpa rasa bersalah atau cuak melakukan ping pass yang sangat tepat.

Saksikan di sini:

Seperti yang dinyatakan di atas, beberapa bulan lalu, tular video kedua dua pemain Sepanyol itu melakukan rutin hantaran yang sama.

Di mana kedua dua pemain berada di jarak yang jauh untuk menerima bola. Mereka menikmati saat tersebut dengan pada masa yang sama merenggangkan otot mereka.

Mungkin lepas ini mereka patut mencuba sepak raga bulatan pulak kan. Lagi mencabar.

Dalam aksi pershabatan Sepanyol menentang Portugal, perlawanan berakhir seri tanpa jaringan. Dengan Morata cuba meniru idolanya De Paula.

Morata terlepas banyak peluang gol. Beliau juga terlepas peluang 1 lawan 1 pada masa kecederaan.

 

 

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di