[VIDEO] Diagonal Pass Pogba Yang Power Cetus Gol Kemenangan Lewat Les Bleus

Paul Pogba melakukan satu hantaran kunci yang sangat cemerlang dalam mencetuskan gol kemenangan lewat pasukan Perancis.

Juara bertahan Piala Dunia berhadapan dengan naib juara Piala Dunia Croatia dalam Liga Negara Eropah.

Griezmann meletakkan pasukan pelawat, Les Bleus di hadapan seawal minit kelapan menerusi Antoine Griezmann.

Nikola Vlasic menyamakan kedudukan pada babak kedua.

Dan pada minit ke-74, Pogba menggantikan Adrien Rabiot kerana ‘Les Bleus’ mahu mendapatkan tiga mata penuh dalam perlawanan ini.

Hanya lima minit kemudian, Pogba menghantar bola silang / diagonal yang sesedap rasa kepada Lucas Digne.

Digne kemudian terus menghantar kepada  Kylian Mbappe untuk pemain tersebut sempurnakan.

Para peminat memuji hantaran Pogba tersebut. Beliau kerapkali melakukan hantaran sebegitu dalam pasukan Perancis, begitu juga di Man United.

Cuma impak beliau di Perancis terus menarik perhatian ramai.

Jom saksikan hantaran tinggi diagonal itu daripada Paul Pogba yang kacak bergaya.

Ianya adalah definisi kepada hantaran yang sempurna.  Gol pada minit ke-79 itu adalah gol kemenangan untuk Perancis dalam perlawanan keempat.

Perancis dan Portugal terikat dengan 10 mata setakat ini, hanya dibezakan dengan perbezaan jaringan di mana Portugal ada kelebihan dan berada di tangga teratas kumpulan A3.

Pogba adalah core kepada pasukan Perancis pada era hari ini. Beliau menjadi nadi penting membantu pasukannya memenangi Piala Dunia kedua dalam sejarah mereka.

Peminat Man United berharap impak yang sama dijelmakan di United selepas ini. Namun ada yang berpendapat, bezanya di Perancis, pemain lain sangat faham dengan Pogba.

Sementara di United Pogba bergelut dengan kesefahaman taktikal dengan pemain lain.

Jika perkara ini dapat diselesaikan, maka kita akan melihat versi terbaik Pogba di United.

 

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.