[VIDEO] Diego Costa Ketaq Lutut: “Itu Serigala Bukan Anjing, Saya Rasa Bagai Nak Mati Ketakutan”

Diego Costa telah mengakui “takut terketar lutut rasa nak mati” semasa merakam video pengumuman Wolves, yang berkonsepkan dia bersama dengan beberapa haiwan pemburu berbahaya iaitu serigala sebenar.

Costa dikenali dengan perwatakannya yang agak keras dan ganas di atas padang. Dia kelihatan seperti tidak takut dengan apa sahaja di dunia ini. Tetapi pada hari itu dia berdepan dengan haiwan pemburu yang menakutkan. Membuatkan Costa tak keruan dan tak sabar sabar menamatkan sesi itu.

Dalam rakaman tersebut, Costa dilihat memegang sekumpulan serigala yang dirantai dalam video itu, salah satunya menampakkan giginya pada kamera menjelang penghujung klip.

Ramai yang menyangka Costa bergambar dengan anjing. Dia berkata: “Itu bukan anjing hanat, itu serigala.”

Costa telah menandatangani kontrak dengan Wolves secara percuma, sebelum ini tanpa kelab sejak meninggalkan Atletico Mineiro pada Januari.

Dia menggantikan pemain baharu yang dibawa masuk pada musim panas, Sasa Kalajdzic, yang mengalami kecederaan ligamen / ACL.

Costa dibawa masuk ke England sekali lagi. Wolves memilih Costa memandangkan pemain itu senang dibawa masuk kerana tiada isu permit. Dia sebelum ini pernah bermain di UK bersama dengan Chelsea. Ketika itu dia menjadi nadi penting Chelsea menjuarai EPL ketika di bawah kendalian Antonio Conte.

Berkongsi pengalaman menakutkannya ketika rakaman video pengenalan, Costa berkata: “Saya takut bagai nak mati. Sambil memegang rantai itu saya terus berfikir, ‘Bagaimana jika serigala ini terfikir untuk melompat dan menerkam saya?’ dan kemudian ketiga tiga mereka sekali melakukannya.”

“Sebab, wanita jurulatih mereka berterusan bercakap dengan serigala serigala itu, mengarahkan mereka bergerak sedikit.”

“Kerana wanita yang melatih mereka terus memanggil mereka, meminta mereka bergerak sedikit seperti anjing, serigala itu tidak melakukan satu perkara pun seperti diarahkan. Dan saya fikir, ‘Jika mereka tidak melakukan apa-apa dengan arahan jurulatih, jika mereka datang’.. dan bayangkan mereka datang dan mencium bau saya, saya tahu saya sudah mampus masa tu.”

“Haiwan haiwan tu serigala bukan anjing. Ianya pengalaman yang hebat namun begitu selesa. Saya ada lima ekor anjing tetapi, mereka bukan serigala.”

Costa boleh membuat penampilan sulung dengan Wolves pada hari Sabtu, apabila pasukan baharunya menerima kunjungan Manchester City. Perhatian kemudian akan beralih kepada kepulangannya di Stamford Bridge menentang bekas kelab Chelsea pada hari Sabtu, 8 Oktober.

Baca yang lain