[VIDEO] Diminta Ucap Tahniah Rangers, Keane Jawab: “Tak Nak”

Rangers akhirnya menjadi Juara Liga Scotland buat pertama kali sejak 2011. Ianya selepas Celtic gagal mencatatkan kemenangan ke atas Dundee di Tannadice Park.

Celtic sudah melakukan segalanya namun tidak mampu menewaskan penjaga gol Dundee United iaitu Benjamin Siegrist. Kegagalan menang, bermakna Celtic bakal menelan rasa pahit melihat Rangers akan turun dalam derbi Old Firm selepas ini dengan status juara Scotland.

Steven Gerrard adalah pengurus yang bertanggungjawab untuk membawa Rangers menamatkan dominasi Celtic selama 9 musim berturut turut sejak 2012. Dan Gerrard berkata: “Saya kehilangan kata kata macamana nak menjelaskan tentang pasukan saya. Saya sudah di sini 3 tahun dan mereka membawa saya menikmati perjalanan yang gila. Saya cuma mampu nak memberikan pujian kepada para pemain.”

“Kelab ini berjaya kembali selepas 10 tahun, namun saya hanyalah sebahagian daripada 3 tahun, namun saya sememangnya merasai perasaan dan hubungan dengan penyokong. Oleh itu saya faham sangat apa yang mereka telah lalui.”

Ketika dalam sesi ulasan di Sky Sports, hos Dave Jones meminta pandangan daripada Roy Keane dan kata kata tahniah untuk pasukan tersebut. Keano merupakan bekas pemain Celtic dan berjiwa Celtic sejati.

Dave: “Ada sedikit kata kata [tahniah] untuk keraian kejuaraan untuk Rangers?”

Keane berkata: “[Ucap tahniah] Untuk Rangers? Tak nak lah.”

“Korang dengar sini, tahun ni tahun yang sukar untuk Celtic, tetapi mereka akan bangkit musim hadapan, sepertimana yang dilakukan oleh kelab kelab hebat yang lain.”

Micah Richards yang duduk di sebelah Keane tergelak besar melihat reaksi otai tersebut yang langsung tidak bertoleransi dengan Rangers.

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan