[VIDEO] Dituduh Rasis Tolak Upamecano, Sebenarnya Tindakan Theo Hernandez Ini Elak Perancis Terciduk

Theo Hernandez telah menghalang dan menolak salah seorang rakan sepasukan Perancisnya daripada meraikan gol penyamaan pertama Kylian Mbappe menentang Argentina dalam perlawanan akhir Piala Dunia 2022.

La Albiceleste mendahului 2-0 pada petang Ahad selepas sepakan penalti Lionel Messi dan penyudah yang cantik daripada Angel Di Maria pada separuh masa pertama.

Perancis melancarkan kebangkitan luar biasa 10 minit sebelum tamat menerusi Mbappe, yang mengurangkan defisit gol menerusia sepakan penalti.

Seminit kemudian, dia menyamakan kedudukan dengan percubaan voli yang terlalu padu untuk dihentikan oleh Emiliano Martinez.

Gol penyamaan itu membuatkan semua pemain Les Bleus berpusu-pusu berlari ke arah Mbappe, termasuk mereka yang berada di bangku simpanan.

Dayot Upamecano menjadi pemain terakhir tiba untuk sambutan itu, yang menyebabkan Hernandez campur tangan dan menolak pemain itu.

Pemain pertahanan kiri AC Milan itu melangkah masuk ke dalam padang untuk menolak Dayot Upamecano kembali ke dalam padang.

Tindakan Hernandez itu membuatkan ada pihak menuduhnya biadap dan rasis.

Tuduhan itu sebenarnya tidak tepat.

Kenapa Hernandez melakukannya?

Dia melakukannya kerana dia tak mahu Argentina dibenarkan memulakan perlawanan segera ketika mereka sedang meraikan gol.

Dalam peraturan sepak mula semula selepas gol, pasukan lawan dibenarkan untuk memulakan perlawanan jika pasukan yang menjaringkan gol sudah tidak berada di kawasan mereka lagi sepenuhnya ataupun sudah kembali ke kawasan mereka.

Tindakan Hernandez ini dipuji mereka yang arif tentang peraturan bola sepak. Dan begitu juga dengan mereka yang akhirnya sedar akan peraturan itu wujud.

Ada peminat tetap merasakan tintdakan Hernandez itu tetap agak melampau dan biadap. Namun sebenarnya, dalam bola sepak memang jiwa kena keras. Dayot Upamecano seharusnya tidak leka dengan peraturan sepak mula semula itu. Dia pemain senior Bayern Munich bukannya pemain B-17 lagi.

Jika korang ingat, Kedah pernah terkena gol daripada kesempatan yang diambil oleh PKNS ketika pemain pemain mereka semua sudah tidak berada di kawasan PKNS pada masa itu untuk meraikan gol.

Beberapa bulan lalu, tindakan Natxo Insa Farizal Marlias dan Natxo Insa cuba mengelakkan pasukan mereka terus diserang ketika menjaringkan gol.

Melihat hampir kesemua pemain hampir masuk ke kawasan sendiri, Natxo dan  Farizal meminta rakan mereka kekal di kawasan lawan.

Farizal kemudian terus kembali ke gawang. Natxo yang melihat rakannya, Corbin Ong kembali ke kawasan mereka kerana mahu meraikan gol, lalu telah masuk ke dalam kawasan pasukan Sabah.

Dia melakukan itu untuk membolehkan rakan rakan yang lain terus meraikan gol Arif Aiman yang world class itu.

Seterusnya dapat dilihat Arif Aiman kemudian masuk ke dalam kawasan pasukan Sabah, kerana dia tahu Natxo Insa perlu kembali ke bawah untuk bersedia di posisi tengah. Arif pula akan berada di garisan atas untuk restart.

Siapa yang tak teruja teruk melihat gol serupa ini:

Dengarkan penjelasan ringkas di sini, dan semoga bermanfaat:

@refereekampung

Sepak mula boleh dimulakan setelah semua pemain berada dikawasan mereka sendiri. #law #bolasepak #footballtiktok #jdt #ligasuper #sabahfa

♬ original sound – Nasseb Ali – Nasseb Ali

Pernah berlaku di Jerman apabila penjaga gol terlalu leka meraikan gol, ketika ia masuk ke dalam kawasan sendiri, dia terus diserang oleh pasukan lawan.

Ketikan itu penjaga gol Leverkusen itu sudah menjadi bintang dengan menjaringkan penalti untuk pasukannya. Namun apa yang berlaku kemudian benar benar satu tragedi.

 

Baca yang lain