[Video] Double Overtake Di Selekoh Akhir Dramatik Oliveira Untuk Menjuarai MotoGP Dan Podium Pertama Kali

Persembahan bertenaga Miguel Oliveira (Red Bull KTM Tech3) berjaya menjadikan beliau sebagai pemenang menerusi manuver di hadapan garisan penamat.

Beliau kini menjadi pelumba ketiga bergelar juara MotoGP musim ini.

Terdapat juga kejadian bendera merah dalam perlumbaan ini.

Joan Mir segera meluru ke posisi depan dari awal lagi. Jack Miller dan Takaaki Nakagami mengekori di belakangnya.

Tidak lama selepas itu, Mir melebar di hujung turn 1 dan Jack Miller memanfaatkan kedudukannya.

Valentino Rossi bermula dengan baik dari kedudukan ke-14, The Doctor sudah berada di kedudukan kesembilan pada akhir pusingan pertama perlumbaan Styria MotoGP 2020 ini.

Selepas itu Joan Mir dan Takaaki Nakagami terlibat dalam persaingan sengit untuk mendapat tempat kedua.

Nakagami berjaya menewaskan Mir di pusingan ketiga. Selepas itu dia bergilir memimpin perlumbaan melalui aksinya melewati Jack Miller ketika perlumbaan masih ada 24 pusingan lagi.

Joan Mir, Jack Miller, dan Takaaki Nakagami masih menduduki tiga kedudukan teratas semasa perlumbaan MotoGP Styria 2020 di Red Bull Ring memasuki baki 15 pusingan. Pada masa ini, mereka bertiga hanya dalam jarak kurang dari 1.5 saat.

Namun, drama muncul apabila perlumbaan berbaki 12 pusingan, Maverick Vinales jatuh dari motosikalnya ketika melakukan pecutan dengan jarak 230 km sejam di hujung lurus di ketika masuk ke turn 1.

Vinales nampaknya tidak mengalami kecederaan. Tetapi motosikal itu meluncur dari landasan dan terbakar, membuatkan bendera merah dikibarkan.

Vinales rasanya mengalami masalah brek.

Akibat kibaran bendera merah dalam kejadian ini, perlumbaan Styria MotoGP dihentikan selama beberapa minit. Masih ada baki 12 pusingan lagi.

Setelah disambung semula, Mir dan Miller segera melangkah dan bersaing di dua kedudukan utama. Pol Espargaro membayangi mereka berdua. Nakagami malah semakin ke belakang sehingga ke kedudukan ketujuh.

Dengan baki lapan pusingan, Pol Espargaro memintas Mir. Jack Miller masih berada di depan untuk memimpin perlumbaan.

Pol Espargaro kemudian berjaya memimpin perlumbaan dengan baki enam pusingan.

Miller berada di kedudukan kedua, diikuti oleh Miguel Oliveira dan Andrea Dovizisio. Mir semakin ke belakang dan berada di kedudukan kelima.

Pusingan terakhir MotoGP Styria 2020 menampilkan drama lewat.

Ini selepas Miguel Oliveira melakukan pecutan selekoh akhir untuk kemenangan dengan mengatasi Miller dan Pol Espargaro yang masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga! Ini adalah podium dan juga kemenangan pertama Oliveira!

Lihat Aksi double overtake daripada Oliveira.

Ianya memang gila wei.

Nah kedudukan penuh:

1. Miguel Oliveira POR Red Bull KTM Tech3 (RC16)

2 Jack Miller AUS Pramac Ducati (GP20)

3 Pol Espargaro SPA Red Bull KTM Factory (RC16)

4 Joan Mir SPA Suzuki Ecstar (GSX-RR)

5 Andrea Dovizioso ITA Ducati Team (GP20)

6 Alex Rins SPA Suzuki Ecstar (GSX-RR)

7 Takaaki Nakagami JPN LCR Honda (RC213V)

8 Brad Binder RSA Red Bull KTM Factory (RC16)

9 Valentino Rossi ITA Monster Yamaha (YZR-M1)

10 Iker Lecuona SPA Red Bull KTM Tech3 (RC16)

11 Danilo Petrucci ITA Ducati Team (GP20)

12 Aleix Espargaro ITA Factory Aprilia Gresini (RS-GP)

13 Fabio Quartararo FRA Petronas Yamaha (YZR-M1)

14 Johann Zarco FRA Reale Avintia Ducati (GP19)

15 Franco Morbidelli ITA Petronas Yamaha (YZR-M1)

16 Alex Marquez SPA Repsol Honda (RC213V)

17 Cal Crutchlow GBR LCR Honda (RC213V)

18 Stefan Bradl GER Repsol Honda (RC213V)

19 Bradley Smith GBR Factory Aprilia Gresini (RS-GP)

20 Michele Pirro ITA Ducati Team (GP20)

21 Tito Rabat SPA Reale Avintia Ducati (GP19)

– Maverick Viñales SPA Monster Yamaha (YZR-M1)

Baca yang lain

Real Madrid Pantau Trent Alexander Arnold

Fabrizio Ronano melaporkan bahawa Real Madrid memantau secara dekat perkembangan kontrak Trent Alexander Arnold kerana kelab itu berminat mahu mendapatkannya. Kontrak semasa

Buffon Mahu Saiz Tiang Gol Ditambah

Bekas pemain Juventus dan Itali yang berstatus legenda dunia, Gianluigi Buffon pernah menyatakan pandangannya agar saiz tiang gol yang ada ditambah lagi.