[VIDEO] Double Saves McCarthy Yang Gila

Alex McCarthy mungkin baru sahaja melakukan salah satu save of the season dengan menafikan percubaan Mason Greenwood dan Bruno Fernandes.

McCarthy melakukan kesilapan menghantar bola lemah yang dirampas Mason Greenwood di luar kotak penalti Southampton.

Namun McCarthy lebih daripada cukup untuk menebus kesilapannya dengan save berganda. Beliau menepis percubaan Greenwood dan kemudian menafikan rebound daripada Bruno Fernandes.

Saksikan aksi refleks ala kucing itu di sini:

Ia memang saves yang luar biasa, maka tidak hairanlah warganet dan pundit memuji saves tersebut. Terutama sekali selepas McCarthy melakukan kesilapan pada awalnya.

Southampton mendahului dua gol pada separuh masa pertama, menerusi Bendarek dan sepakan percuma jahat oleh Ward Prowse.

Mampukah Man United bangkit daripada ketinggalan dua gol pada separuh masa pertama?

Baca yang lain