[VIDEO] Drinkwater Tebas Kaki Pemain 16 Tahun Cetus Pergaduhan, Petr Cech Penuh Kekeliruan

Karier Danny Drinkwater satu ketika dahulu sangat indah. Menjadi nadi penting Leicester ketika menjuarai EPL dan bermain untuk pasukan kebangsaan.

Chelsea membelinya dengan nilai £35 juta. Namun sejak berpindah ke Chelsea, nasibnya berbeza dengan rakan rakan lainnya yang berpindah seperti Riyad Mahrez, dan Ngolo Kante.

Drinkwater tidak dapat lagi mempersembahkan aksi seperti dahulu. Isu kecergasan dan juga kualiti permainannya terus mempengaruhinya.

Dan terbaru, Danny Drinkwater dibuang padang dalam aksi bersama skuad B-23 ketika menentang Totttenham.

Ini kerana dia menebas pemain berusia 16 tahun dan mencetuskan pergaduhan dan kekecohan di atas padang.

Devine merampas bola daripada Drinkwater, dengan melakukan terjahan bahaya. Penjaga garisan mengibarkan bendera kerana itu adalah bahaya.

Devine kemudian cuba melarikan diri daripada Drinkwater.

Namun pemain itu telah menyepak kaki pemain berusia 16 tahun itu sehingga tersungkur.

Ianya mencetuskan perbalahan dan kedua dua pemain dibuang padang.

Tindakan itu sangat mengejutkan ramai pihak kerana Drinkwater bukan seorang pemain dengan reputasi ganas.

Drinkwater masih belum bermain untuk skuad utama Chelsea sejak Ogos 2018. Dan menikmati musim pinjaman yang hambar di Burnley dan Aston Villa.

Drinkwater dalam tahun akhir kontraknya di Chelsea. Dan jelas sekali beliau tiada tempat dalam skuad Frank Lampard yang serba bintang.

Dalam aksi di antara Chelsea dan Spurs untuk aksi B-23, selain Drinkwater, Petr Cech turut turun beraksi. Perlawanan berkesudahan 2-2.

Ini adalah aksi pertama Petr Cech selepas keluar daripada persaraan. Beliau musim ini disenaraikan oleh Frank Lampard sebagai salah seorang penjaga gol Chelsea.

Cech dilihat sangat kekeliruan dengan apa yang dia harus lakukan ketika melihat pemain pemain muda bergaduh dengan orang tua di atas padang.

Baca yang lain