Timo Werner akhirnya membuka akaun gol dalam EPL. Bukan satu tapi dua dia bagi semalam.
Paling menarik, kedua dua gol adalah menerusi kecerdasan dan kebijaksanaan individu.
Masih kredit kepada rakannya yang memberikan hantaran yang diinginkan oleh Werner.
Gool pertama Chelsea hadir pada minit ke-15, dengan Timo Werner melakukan dummy yang cantik menewaskan lawannya.
Tidak cukup dengan itu, dia dirasuk roh Messi dengan melakukan gerakan solo menewaskan ramai pemain sebelum merembat masuk.
Timo Werner scores his second of the game 🤩🔵
Take a bow Jorginho also, what a beautiful assist. pic.twitter.com/W4Nm6YL0Nk
— LDN (@LDNFootbalI) October 17, 2020
Gol kedua pun cantik. Di mana beliau mengawal kemas hantaran Jorginho dengan melakukan chip menewaskan penjaga gol dan kemudian menanduknya.
Timo Werner scores his second of the game 🤩🔵
Take a bow Jorginho also, what a beautiful assist. pic.twitter.com/W4Nm6YL0Nk
— LDN (@LDNFootbalI) October 17, 2020
Walaupun Werner cemerlang, namun ia tak cukup untuk membantu Chelsea mendapatkan 3 mata. Chelsea telah diikat 3-3 oleh Southampton.
Paling mengecewakan, gol penyamaan ketiga oleh Southampton adalah pada masa kecederaan menerusi Jannick Vestergaard yang melakukan tandukan kilas selepas melakukan kontak dengan rembatan half volley Walcott.
Keputusan ini menyaksikan Chelsea berada di tangga keenam pada carta liga selepas tamat perlawanan.