Video: Dua Gol Kemenangan Liverpool vs Sheffield, Gol Mane Tu Jahat

The Reds turun dalam aksi pertama mereka pada dekad baharu dengan menjamu kunjungan Sheffield United.

Pemain baharu Liverpool Takumi Minamino berada di dalam stadium. Ucapan selamat datang daripada penyokong Liverpool kepada bintang Jepun itu.

Naby Keita yang awalnya disenarai dalam kesebelasan utama, terpaksa disisihkan pada saat akhir kerana masalah kesakitan pada bahagian groin.

Liverpool di hadapan seawal minit ke-4 menerusi Mohamed Salah. Satu gol yang cantik hasil umpanan Robertson.

https://twitter.com/i/status/1212830030893666304

Andy Robertson memanipulasi kesilapan Baldock yang tergelincir ketika cuba mengeluarkan bola hantaran Virgil Van Dijk.

Sheffield memberikan respon segera dengan melakukan 2 percubaan ke arah gol selepas itu. Namun ianya tak tepat.

Mohamed Salah sekali lagi menguji lawan dengan satu percubaan cantik hasil umpanan Jordan Henderson. Namun Dean Henderson cemerlang melakukan save yang cantik.

Pada minit ke-18, Gini Wijnaldum pula melakukan rembatan melencong ke arah gol lawan namun gagal untuk menembusi gawang lawan.

Pada setengah jam perlawanan, Sadio Mane menerima hantaran Trent Alexander-Arnold. Mane melakukan flick cantik kepada Mohamed Salah, namun gagal untuk menembusi Dean Henderson yang menepis keluar bola.

Liverpool masuk ke bilik persalinan dengan pendahuluan gol oleh Mo Salah.

Separuh masa kedua, Liverpool melakukan ancaman awal menerusi sepakan penjuru Trent Alexander Arnold. Sayang sekali gagal disempurnakan oleh Virgil Van Dijk.

Roberto Firmino mencuba menerusi lencongan dari kiri, tetapi tersasar.

Minit ke-60, Mohamed Salah cuba mengumpan bola kepada Van Dijk, namun ia hampir menerjah gawang, kerana hantaran itu terkena tiang.

Liverpool akhirnya berjaya mendapatkan gol kedua menerusi Sadio Mane pada minit ke-64 hasil kombinasi cemerlang bijak dan tenang dengan Mohamed Salah.

Awalnya Henderson menyelamatkan bola itu, namun beliau tak mampu melakukan apa apa untuk menghalang Mane daripada melakukan percubaan susulan.

Beberapa minit selepas itu, Sadio Mane datang lagi mengancam kubu lawan. Namun rembatan deras Mane dinafikan Dean Henderson. Kalau dia pass ke Firmino, lain cerita dia. Tapi tu la.

Sheffield cuba melakukan kebangkitan lewat dengan menolak lebih ramai pemain ke zon serangan. Mereka ada peluang menerusi McBurnie. Jarak dekat lagi tu, namun jolokan beliau tidak berjaya menembusi gawang

McBurnie kemudian mendapat peluang terhidang di hadapan gol. Namun tampanan beliau gagal menerjah gawang dan diselamatkan Alisson. Ia adalah peluang keemasan pada minit ke-86.

Liverpool berjaya memastikan 3 mata lagi di dalam tangan mereka dengan kemenangan ke atas Sheffield United dengan jaringan 2-0.

Kemenangan ini meletakkan Liverpool kini 13 mata di pucak liga dengan ada satu lagi baki perlawanan.

Saksikan ragkuman di sini:

Namun 3 perlawanan Liverpool selepas ini adalah agak menarik. Ianya dimulakan dengan derbi Merseyside dalam aksi Piala FA, berhadapan dengan Everton.

Diikuti aksi EPL berhadapan dengan Spurs pada 12 Januari. Seminggu kemudian adalah perlawanan berhadapan dengan Manchester United di Anfield.

Baca yang lain

Mbappe Dah Peduli Dengan PSG?

Kylian Mbappe telah digantikan pada separuh masa ketika pendahulu Ligue 1, Paris St Germain terikat tanpa jaringan di bekas kelabnya Monaco. Namun