Dua orang kanak kanak berusia 12 tahun (lelaki) dan 14 tahun (perempuan) kini ditahan atas kesalahan percubaan membunuh darjah pertama di Amerika Syarikat. Kedua dua kanak kanak tersebut telah mencuri senjata AK 47 dan shotgun, kemudian menembak ke arah beberapa pegawai polis.
Sheriff Mike Chitwood, dari Volusia County, Florida berkata, kedua dua kanak kanak tersebut memang mahu membunuh polis. Mereka berterusan menembak selama 30 minit.
Bodycam oleh pegawai polis dengan jelas menunjukkan situasi tersebut. Kanak kanak yang bernama Travis O’Brien dan Nicole Jackson melarikan diri dari rumah mereka pada 1 Jun lalu dari rumah anak angkat di Florida United Methodist Children Home.
Polis mencari mereka selepas mendapat laporan. O’Brien merupakan pengidap diabetes berdepan dengan risiko kecemasan jika berterusan tidak mengambil ubatannya.
Ketika polis sedang mencari, terdapat sebuah rumah diceroboh dengan tingkap dipecahkan.
Selepas menghubungi pemilik rumah, polis mendapat tahu di rumah tersebut ada AK-47 dan pump shotgun, serta pistol. Selain daripada 200 butir peluru juga disimpan di situ.
Budak budak tersebut telah mencuri senjata itu dan mahu menembak polis yang mencari mereka.
Polis tiba pada 8.28 malam. Kanak kanak itu melepaskan beberapa tembakan ke arah Sarjan Sgt. Donnie Maxwell namun pegawai itu tidak melepaskan tembakan balas..
3 minit kemudian satu lagi unit tiba di tempat kejadian dan mereka juga dijadikan sasaran tembakan.
Pada pukul 8.40 malam terdengar suara daripada kanak kanak perempuan yang menjerit menyatakan mereka akan membunuh Sarjan Maxwell jika polis tidak berundur.
Kemudian kanak kanak lelaki terus melepaskan tembakan menggunakan AK-47.
Melihat polis tidak beredar, Nicole kemudian melepaskan tembakan menggunakan pump gun.
Polis kemudian memberikan amaran agar kanak kanak itu meletakkan senjata mereka. Namun mereka malah pergi ke garaj dipercayai mengambil beberapa lagi set peluru.
Pegawai polis yang bertugas mengakui situasi itu sangat genting kerana mereka sedang mengendalikan 2 kanak kanak bawah umur.
Polis berselindung di sebalik pokok, untuk mengelak daripada terkenan tembakan. Polis terpaksa bertahan dan bersabar menunggu sehingga mereka kehabisan peluru.
This is the tree that provided cover for a deputy who came under fire from two children yesterday. It's the best tree in Volusia County as far as I'm concerned. Thank God for the safety of our men and women in uniform who risk their lives in the line of duty. pic.twitter.com/mALts0F2Y2
— Dispatcher-Doug (@dugday1960) June 3, 2021
Kedua dua kanak kanak itu ditangkap. Kanak kanak perempuan mengalami kecederaan dan dirawat di hospital. Manakala kanak kanak lelaki tidak mengalami sebarang kecederaan.
Saksikan drama tembakan itu di sini:
Two runaway children, aged 12 and 14, have broken into a Florida house and used an AK-47 in a shootout with police officers.
Read more about this story: https://t.co/kGIl63iOc7 pic.twitter.com/tpDNZfD0VB
— Sky News (@SkyNews) June 4, 2021
Polis kemudian mengecam pusat penempatan kanak kanak tersebut yang menurut mereka gagal sehingga ada kanak kanak yang menjadi ‘iblis’ kata polis.
Namun Kitwana McTyer, CEO Florida United Methodist, pula menyalahkan kerajaan. Menurutnya, perbuatan kanak kanak itu bukti jelas bahawa kerajaan gagal memberikan sistem terbaik untuk kanak kanak di AS.
Kedua kanak kanak itu kini berdepan dengan tuduhan jenayah cubaan membunuh darjah pertama.