[VIDEO] Dua Kesilapan Alisson Yang Mengejutkan Dunia

Tidak pasti apa yang di fikiran Alisson. Bukan sekali tetapi dua kali dia memberikan hadiah gol kepada Manchester City dalam aksi di Anfield.

Pertamanya adalah yang mencetuskan gol Gundogan. Dan yang kedua adalah yang mencetuskan gol oleh Raheem Sterling.

Gundogan yang gagal menyempurnakan penalti pada awal perlawanan, diberikan talian hayat  oleh Alisson untuk menebus kesilapannya dengan dua gol.

Hantaran lemah  Alisson tepat  kepada Phil Foden. Dalam keadaan  Man City melakukan high pressing. Tiada masalah untuk Gundogan menyempurnakan satu lagi gol jarak dekat.

Sementara gol ketiga City juga dihadiahkan oleh Alisson, dalam masa 3 minit sahaja daripada kesilapan pertama. Kali ini tolakan Alisson tepat ke kaki Bernardo Silva yang tidak menyangka dia akan mendapat peluang sebegitu rupa.

Bernardo Silva mengambil tindakan tepat dengan melakukan chip melepasi Alisson yang ditanduk masuk  Raheem Sterling dalam keadaan gol terbuka.

 

Dengan itu, Alisson mencatatkan rekod melakukan error paling banyak berdepan City berbanding dengan mana mana pasukan lain, hanya dalam satu malam sahaja.

Manchester City menang dengan komprehensif 4-1 ke atas Liverpool di Anfield.

Menamatkan rekod tak menang di sana selama 17 tahun lamanya. Kemenangan yang meletakkan City kini  5 mata di atas Man United dengan ada 2 baki perlawanan  dalam tangan berbanding lawan mereka itu.

Alisson pastinya  akan cuba bangkit daripada kesilapan yang tidak dijangka seperti itu. Bak kata orang, setiap orang ada hari buruk mereka. Dan Alisson melakukannya hari ini.

Ianya hari untuk dilupakan.

Ini adalah pertama kali Liverpool kalah 3 perlawanan di Anfield secara berturut turut dalam sejarah. Dan kini mereka 10 mata di belakang Manchester City. Boleh dikatakan impian kejuaraan  sudah berakhir.

Baca yang lain