VIDEO: Dybala Ejek Guendouzi Dengan Tunjuk Shin Pad Gambar Argentina Julang Piala Dunia

Paulo Dybala terlibat dalam satu shithousery atau ejekan luar biasa ke atas Matteo Guendouzi ketika kedua duanya berbalah di atas padang.

Pada hari Sabtu, Roma menewaskan Lazio 1-0 dalam perlawanan derbi Rom selepas Gianluca Mancini menerima hantaran sudut Paulo Dybala.

Sememangnya, suhu panas meningkat pada beberapa kali semasa pertemuan kedua dua pasukan musuh tradisi ini. Dan kalini berlaku perbalahan antara pemain separuh masa kedua.

Konfrontasi yang paling ketara adalah antara Dybala dari Roma dan Guendouzi dari Lazio. Di mana kedua dua pasukan saling bercekik sesama sendiri.

Paling gila, selepas menerima kad kuning dengan baik baik sahaja, Dybala kemudian menganjing Guendouzi dengan menunjukkan pelindung betisnya / shin guard yang menunjukkan gambar ketika dia dan Argentina menjuarai Piala Dunia 2022 yang lalu.

Dybala and Guendouzi fight and the Argentine shows him his shinguard with a picture of the World Cup
byu/Pola_2018 insoccer

Dybala adalah sebahagian daripada skuad Argentina yang mengenepikan pasukan Perancis, yang diwakili Guendouzi menerusi penentuan penalti pada final Piala Dunia 2022.

Argentina menjuarai Piala Dunia ketiga dalam sejarah negara itu yang menamatkan kemarau kejuaraan dunia sejak era Maradona.

Ketegangan berterusan antara pemain itu selepas wisel penamat, dengan netizen berkongsi detik di mana Dybala meraikan kemenangan di depan Guendouzi.

Kemudian bekas pemain tengah Arsenal itu juga kelihatan mencabar seorang pemain Roma untuk bersemuka dengannya di dalam terowong.

Guendouzi, yang telah menjadi pemain utama untuk Lazio Maurizio Sarri musim ini semasa dipinjamkan dari Marseille, mengakui dia sentiasa menjadi personaliti yang bersemangat.

Dia menjelaskan bahawa dia sentiasa bersemangat sejak dari kecil.

“Saya sentiasa seperti ini, walaupun sejak saya berumur tujuh atau lapan tahun,” kata Guendouzi, kepada Athletic pada Mac.

“Apabila saya kalah dalam perlawanan, saya selalu menjerit. Ini adalah mentaliti saya. Apabila saya datang ke padang, saya sentiasa mahu menang.

“Sebab itu saya bertuah kerana saya bermain untuk kelab besar dan anda perlu mempunyai mentaliti ini jika anda mahu bermain di peringkat tertinggi. Ia adalah sebahagian daripada keperibadian saya. Apabila saya pergi ke padang, ia adalah untuk menang — bukan untuk seri atau kalah.

“Itulah sebabnya kadangkala, apabila saya dalam permainan, saya menunjukkan reaksi kerana anda benar-benar fokus pada permainan dan anda hanya memikirkan tentang kemenangan, untuk membantu pasukan, dan saya akan sentiasa seperti ini. Dan penting untuk kekal seperti ini.

“Semakin tua anda dan semakin banyak anda belajar, anda menjadi lebih tenang berbanding sebelum ini, tetapi saya mahu mengekalkan mentaliti ini: bertarung di atas padang dan sentiasa mahu menang. Itu perkara yang paling penting.

Baca yang lain