Penyerang nter Milan, Edin Dzeko dilihat mentertawakan pemain pinjaman Chelsea, Romelu Lukaku kerana sentuhan pertama pemain Belgium itu yang berterabur semasa pertembungan Serie A menentang AC Monza pada Ahad, 8 Januari lalu.
Nerazzurri mendahului dengan jaringan 2-1 apabila Lukaku melakukan sentuhan pertama yang mengerikan daripada lontaran ke dalam dan kehilangan penguasaan bola.
First touch yang teruk penyerang itu menyebabkan rakan sepasukannya Dzeko yang juga bekas penyerang Manchester City itu dilihat ketawa di tepi padang.
Lukaku memiliki reputasi dilabel sebagai pemain yang memiliki sentuhan pertama yang teruk.
Malah beberapa tahun lalu dia sempat bergaduh dengan peminat di media sosial sambil memuat naik video sentuhan pertamanya yang padu.
Namun itu masih tidak dapat menutup reputasinya itu.
Ketika di Manchester United, Zlatan Ibrahimovic sendiri pernah bergurau senda tentang first touch Lukaku.
Ibra berkata: “Saya akan katakan ini kepada Lukaku secara terbuka, saya tak mengharapkan dia bermain dengan teknik luar biasa. Kekuatan utama dia adalah fizikalnya yang kuat. Itupun kalau dia nak dengar apa yang saya katakan ini jujur.”
“Di Manchester United, kami pernah bertaruh. Saya kata kepadanya: ‘Rom, saya akan bagi kamu £50 untuk setiap first touch kemas yang kamu buat.”
“Dia tanya kepada saya: ‘Apa yang saya akan dapat kalau saya lakukan semua first touch saya dengan sempurna?'”
“Saya kata kepadanya, tak ada apa, kamu pasti akan menjadi pemain lebih baik. Untuk pengetahuan kamu, sampai ke hari ini dia tak pernah menerima pertaruhan itu. Dia takut kalah kot.”
Ibrahimovic on the bet he offered to Romelu Lukaku…
Even Zlatan doesn't rate his first touch! 😅 pic.twitter.com/hwKFM2zktO
— Footy Accumulators (@FootyAccums) October 19, 2019
Dzeko mungkin tahu akan reputasi itu dan sebab itu dia tergelak.
Saksikan detik itu di sini:
Dzeko, riéndose de este control de Lukaku 😅😅
📽️@interhuboff
pic.twitter.com/LcOhTp5iAy— Manu Heredia (@ManuHeredia21) January 8, 2023
Sentuhan pertama Lukaku yang barai itu bukanlah kemuncak kepada hari yang sukar buatnya.
Ini kerana, kira kira 30 saat selepas peristiwwa itu, Monza berjaya memperoleh gol penyamaan pada masa kecederaan sebelum tamat perlawanan. Ianya apabila pemain pertahanan Inter Milan, Denzel Dumfries menjaringkan gol sendiri.
Lukaku terus mencari rentaknya yang hilang
Sementara itu, Lukaku bergelut untuk Inter Milan semasa tempoh pinjamannya. Dia hanya membuat tujuh penampilan dalam semua pertandingan untuk kelab Itali itu pada kempen ini dan hanya menjaringkan dua gol.
Lukaku juga telah memberikan satu bantuan gol kepada rakannya. Pencapaian itu jauh daripada apa yang diharapkan Inter Milan daripada beliau.
Ini kerana beberapa tahun lalu dia mencetak gol dan melakukan assist sesuka hatinya. Itulah sebabnya Inter bersungguh sungguh mahu membawanya pulang ke pangkuan mereka.
Inter mendapatkan Lukaku secara pinjaman dengan ada obligasi perjanjian tetap.
Namun jika prestasi Lukaku berterusan hambar, tidak mustahil Inter menolak untuk mendapatkan dia secara tetap.
Itu bukan berita yang baik buat Lukaku. Kerana dia sebelum ini pernah menyatakan dia tidak mahu kembali semula ke Chelsea. Lukaku turut membandingkan Inter Milan dengan Chelsea.
Dia mengkritik Chelsea secara terbuka.
Ramai peminat Chelsea bengang dengan Lukaku kerana dia masih pemain pinjaman di kelab tersebut.
Lukaku menyatakan dia tidak melihat sebarang peluang dia akan kembali ke Chelsea.
Romelu Lukaku berkata: “Musim di Chelsea memberi saya motivasi tambahan untuk melakukan lebih baik daripada sebelumnya. Saya rasa dalam setahun orang sudah lupa apa yang boleh saya lakukan di atas padang.”
“Ini adalah sejenis kemarahan yang ada dalam diri saya. Apabila saya pergi, saya telah dalam fikiran untuk mendapatkan semula prestasi saya dengan Chelsea. Ketika saya masih muda saya berada di Chelsea selama sebelas tahun dan saya mahu kembali menjadi protagonis.”
Dia selanjutnya bercakap mengenai keputusannya untuk kembali ke Inter Milan, berkata:
“Selepas perlawanan terakhir saya mula berfikir tentang situasi terbaik untuk saya. Musim untuk saya di Chelsea adalah sukar dan saya fikir keadaan tidak akan bertambah baik pada masa hadapan dan jadi saya memutuskan untuk kembali ke sini.”
Sebelum ini, Lukaku pernah kembali semula ke Chelsea. Dia terlibat dalam wawancara kontroversi menyatakan dia mahu kembali ke Inter Milan dan tidak mahu Lautaro datang ke Chelsea. Kerana dia yang akan kembali ke sana.
2. Lukaku -> Chelsea 113 M 1/10
Probably the worst transfer of this series, just 3 months after his transfer to Chelsea Lukaku stated that he wants to return to Inter, that's everything that needs to be said, Tuchel benched him afterwards, he is now back at Inter and won't return pic.twitter.com/VDZ6phtNZY— Firefootballrankings (@Firefootball88) January 5, 2023
Peminat Chelsea benar benar marah dengan Lukaku ketika itu. Lukaku turut mengutuk taktikal Tuchel sebagai punca dia tidak dapat menjaringkan banyak gol.
Pengurus Chelsea pada masa itu, Thomas Tuchel mengambil tindakan ke atas Lukaku. Dan Lukaku membuat permohonan maaf.
Kini dengan taktikal pengurus selain Tuchel, Lukaku masih bermasalah dengan penyudahnya.